Friday, 23 May 2014

#PBB isytihar Boko Haram kumpulan pengganas

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini secara rasmi mengisytihar Boko Haram di Nigeria sebagai kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan al-Qaeda serta mengenakan sekatan terhadapnya.

Keputusan itu dibuat selepas sebulan Boko Haram dilaporkan menculik lebih 200 murid perempuan di negara itu.

Langkah itu dengan segara disambut oleh Britain dan Amerika Syarikat (AS) yang dikuatkuasakan serta-merta selepas tiada bantahan dikemukakan di kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan PBB.

Nigeria yang turut menggotai Majlis Kesleamatan bersama 14 anggota lain tidak membantah resolusi berkenaan.

Boko Haram kemudian dimasukkan dalam senarai sekatan PBB di bawah nama Jama’atu Ahlus-Sunna Lidda’Awati Wal Jihad dengan Boko Haram sebagai nama gelarannya.

Terdapat 'bukti yang amat jelas' bahawa anggota Boko Haram dilatih oleh al-Qaeda terutama mengenai kemahiran membuat bahan letupan yang menjadi senjata utama pengganas modan hari ini terutama al-Qaeda.

Terdapat juga bukti ahli kumpulan Boko Haram menyertai pergerakan penentang di Mali menerusi rangkaian al-Qaeda di negara itu.

Ketua Boko Haram, Abubakar Shekau, juga membuat kenyataan tegas bahawa ia bergabung dengan al-Qaeda di Iraq, Afghanistan, Yaman, Somalia dan beberapa tempat lain pada November 2012. - AFP

BH

No comments:

Post a Comment