Wednesday, 7 May 2014

#PemilihanPKR :Kem Azmin Menipu Tapi Masih Mendahului Undian @azminali @rafiziramli

Kalau tak menipu, bukan PKR namanya. Memang sudah terkenal parti anak-beranak dan kroni akan habis-habisan menipu demi untuk menjaga politik dan maruah mereka. Jiwa mereka adalah jiwa penipu bukan untuk berjuang untuk rakyat. Kalau tak pangkat atau kedudukan dalam PKR, maka pincanglah langkah mereka, dan gelaplah masa depan mereka. Itu baru jadi pembankang, belum lagi jadi pemerintah.


Di seluruh negara kita mendengar kekecohan yang berlaku di dalam pemilihan PKR tahun ini. Bangku melayang-layang, bertembuk sesama sendiri dan kertas undi di rampas dan dikoyakkan kerana rata-rata ahli-ahli yang datang tidak puas hati dan melepaskan geram mereka dengan laungan, 'Parti Keadilan tidak adil, penipu'. Tapi, insiden ini seperti ini tidak diindahkan oleh Azmin. Apa yang penting dia mesti menang dan mempertahan jawatan Timbalan Presiden PKR. Azmin adalah penyandang. Lagi pun dia dilindungi oleh penasihat PKR.

Maka, apabila Jawatan Pemilihan Pusat (JPP) mendapat aduan dari ahli tentang penipuan di dalam proses pemilihan PKR ini, jawatankuasa tersebut hanya berkata, mereka akan siasat. Tapi, itu hanyalah mainan politik mereka kerana JPP adalah dibawah jagaan Nuar Brahim, maka, segala aduan yang di anggap remeh-temah mereka abaikan. Aku tidak menuduh yang JPP ini berat sebelah, tapi, selagi mereka ini duduk dibawah naungan penasihat PKR, jangan harap aduan dan siasatan diterima.

Nampak gayanya, Azmin akan terus gah di dalam pemilihan kali, dan berita yang dipaparkan diatas menunjukkankan Azmin terus mendahului musuh tradisinya, Menteri Besar Selangor, Khalid gagap dan Saifuddin. Aku hairan, apa le baik sangatnya si Azmin tu. Kenapa ramai yang masih menyokong beliau? Adakah kerana di janjikan sesuatu, atau pun masukkkkk. Itu sudah pasti, kerana politik wang berluas-luasa didalam parti kelentung rakyat (PKR). Ianya dah menjadi seperti kanser, terlalu parah. 

Jika dahulu PKR sentiasa menuduh UMNO parti rasuah, kejam dan bermacam-macam lagi, kini, kita dapat lihat bahawa parti PKR lagi teruk, dah macam rojak. Itu pun masih ada yang sokong. Begitu juga dengan si Azmin ni, masih ada lagi orang sokong. Hairan dan ajaib. Apapun, biarkanlah mereka bergadung, bergomol sesama sendiri, kerana lambat-laun kita kan dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, PKR akan rebah dan terus tenggelam. Wasallamkita sendiri, PKR akan rebah dan terus tenggelam.

No comments:

Post a Comment