Friday, 16 May 2014

#PemilihanPKR :Mana Kebebasan Suara?Ahli Digantung Kerana Dedah Kelemahan Parti Pada Media @PemilihanPKR @Ambiga_S @rafiziramli



Dua ahli PKR dari cabang Kampar dan Pasir Salak digantung keahlian selepas didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti ekoran mendedahkan kelemahan proses pemilihan parti secara terbuka kepada media.

Keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat biropolitik yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali dan dianggotai oleh Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Tan Sri khalid Ibrahim dan beberapa anggota biropolitik lain.



Ahli PKR Cabang Kampar terlibat adalah Sarimah Abdul Ghani @ Monniza yang digantung keahliannya ekoran mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka dan kemudiannya disiarkan menerusi akhbar Berita Harian pada 12 Mei lalu.

Hukuman sama turut dikenakan kepada ahli PKR cabang Pasir Salak, Md Yusop Kamaruddin selepas memuat naik kenyataan serupa menerusi laman media sosial Facebook.

Kedua-dua individu tersebut didapati bersalah melanggar peraturan Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu 'sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum'.

Selaian Sarimah dan Md Yusof, enam lagi individu turut digantung keahlian di atas pelbagai kesalahan melanggar peraturan pemilihan.

Kesemua mereka turut diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti.

Sejumlah 12 cabang PKR Selangor terpaksa mengadakan pemilihan semula ekoran kekecohan ketika hari pemilihan berlangsung.

Tarikh pemilihan semula walaubagaimanapun belum lagi ditetapkan.

No comments:

Post a Comment