Thursday, 8 May 2014

PRK Parlimen Teluk Intan Ditetapkan 31 Mei. #PRKTelukIntan

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari pengudian bagi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei 2014, pengundian awal pada 27 Mei manakala 19 Mei merupakan hari penamaan calon.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, yang meninggal dunia akibat penyakit barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 7.45 pagi 1 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, mendiang dari DAP memenangi kerusi itu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong (20,086) dan calon Bebas, K. Moralingam (279).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.


No comments:

Post a Comment