Tuesday, 20 May 2014

#PRKBukitGelugor :Muslimat #PAS Sokong @ramkarpal #DAP Yang Tolak Hudud? @nikabdulaziz @putraREFORMASI @realDrMAZA @abby_abadi112



Melihat beberapa keping gambar yang dibawa pulang rakan jurugambar UtaraNews.com yang membuat liputan Pilihanraya Kecil (PRK) P51 Bukit Gelugor sedikit sebanyak "menyedihkan" hati penulis.

Ibarat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", beberapa orang kakak dan makcik bertudung labuh seolah-olah acuh tidak acuh, ke sana dan ke mari, berkempen untuk anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal yang terpilih menjadi calon DAP bagi PRK tersebut.


Sedih benar melihat anak bangsa dan umat Islam yang "dipaksa rela" berkempen untuk satu pihak yang secara terang-terangan cuba menafikan hak serta keistimewaan bangsa Melayu dan agama Islam di "Tanah Melayu" ini.

Kakak-kakak dan makcik-makcik itu adalah jentera PAS yang mungkin dikerah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu, untuk membantu kemenangan DAP di negeri tersebut.

Maklumlah, DAP dilaporkan tidak diterima di beberapa kawasan pengundi Melayu di Bukit Gelugor dan hanya mengharapkan PAS untuk berkempen untuk mereka di kawasan-kawasan tersebut.

Namun yang peliknya, meskipun DAP membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan hukum hudud yang dianjurkan PAS, para penyokong dan ahli parti yang kononnya berjuang untuk megimarahkan Islam itu masih lagi mahu membantu pihak yang memusuhi hukum Allah itu?

Di mana Mat Sabu meletakkan air muka ahli-ahli PAS? Apakah harga keringat ahli-ahli PAS tegar itu layak dibayar dengan bantahan terhadap perlaksanaan hukum Allah? Apakah sebegitu hina dan kecil maruah perjuangan para penyokong PAS?

Menyokong DAP boleh disifatkan seolah-olah sama seperti membantah perlaksaan hudud di negara kita. Apakah itu yang PAS mahukan?

Dan kini, yang menjadi mangsanya ialah kakak-kakak dan makcik-makcik yang seolah-olah terpaksa menjadi "balaci" DAP dan terpaksa berpeluh ke sana ke sini setiap hari demi meranapkan impian umat Islam untuk melihat hudud dilaksanakan, begitu?

Penulis mencadangkan supaya PAS bersyura kembali untuk menetapkan pendirian parti itu terhadap kerjasama mereka dengan DAP dan PKR yang jelas mencacatkan kreadibiliti dan maruah mereka di kalangan penyokong dan ahli parti.

Kalau Ramkarpal menolak hudud, mungkin kita boleh faham kerana dia anak mendiang Karpal yang konsisten menolak hukum Allah itu. Namun apabila seorang muslimah seperti Dyana Sofya telah didoktrin dengan baik untuk membantah hudud, rasanya itulah "sempadan" yang perlu dibatasi PAS.

PAS perlu sedar bahawa kepentingan Islam mengatasi kepentingan segalanya, sama ada dari sudut politik mahupun kuasa duniawi. PAS harus kembali dan mengembalikan ahli serta para penyokongnya ke jalan Allah SWT. Bukannya terus bersekongkol dengan DAP, bukan?

No comments:

Post a Comment