Wednesday, 7 May 2014

'Rejimen Anarki' Milik 2 Lelaki Lembut? @PDRMsia @KBAB51 @mymassa @NajibRazak


Semalam media sosial kecoh dengan pendedahan dari beberapa blog berkenaan admin di belakang akaun FB 'Rejimen Anarki' yang sering menghina kesultanan Johor dan juga mahu menggulingkan kerajaan. Akaun tersebut dimiliki oleh dua orang lelaki yang salah seorang daripada mereka sebelum ini pernah ada kes dengan akaun berbeza yang bertujuan sama iaitu 'Rakyat Anarki'. Menurut sumber, salah seorang daripada mereka mengkantoikan diri sendiri di himpunan anti-GST di Dataran Merdeka selepas bergaduh dengan Unit Amal PAS.


Akibat berlagak dan bercakap besar di hadapan Unit Amal PAS yang menjadi jaga sepanjang perhimpunan, Zul Yahya @ Ali bin Jalil telah mendapat 6 jahitan di dahi selepas ditumbuk oleh Unit Amal PAS. Yang kelakarnya, beliau kemudiannya membuat laporan polis terhadap insiden tersebut. Kutuk-kutuk polis tapi last2 pergi mengadu pada polis juga! 



Admin minta sesiapa yang mengenali individu kedua yang dikenali sebagai Danial Haziq sila salurkan maklumat kepada pihak polis supaya cepat sikit dia ditangkap. Admin juga minta Polis siasat kemunculan banner yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan seperti dilaporkan di sini dan sini. Orang ramai telah membuat aduan kehadiran banner tersebut dan yang peliknya, banner sama terdapat di banyak tempat seluruh negara. Ada besar kemungkinan kedua-dua insiden ini berkait rapat dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. 


No comments:

Post a Comment