Wednesday, 14 May 2014

Tahniah @PDRMsia, Indeks Jenayah Menurun @KBAB51 @NajibRazak @mymassa #NKRA #GTP



Bertindak balas terhadap kebimbangan rakyat berhubung peningkatan kejadian jenayah, kerajaan melakukan beberapa pindaan undang-undang bagi memperluaskan kuasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekaligus memperlihatkan penurunan indeks jenayah yang drastik pada tahun lalu.

Pencapaian positif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah (NKRACRI) berititik tolak kepada Op Cantas Khas yang dilaksanakan pada 17 Ogos 2013 yang menyaksikan dalam tempoh 52 hari saja, kes jenayah kekerasan berkurangan 30 peratus iaitu kepada 69 kes berbanding 104 kes sebelum itu.

No comments:

Post a Comment