Saturday, 17 May 2014

Tidak Dosa Gulingkan Kerajaan - @adamadli


Kerajaan persekutuan dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) masih tidak tumbang sekalipun sudah banyak demonstrasi jalanan dianjurkan.

Aktivis mahasiswa pro-pembangkang Adam Adli turut berkata, tidak menjadi satu dosa sekiranya rakyat mahu menumbangkan sesebuah kerajaan, atas tiket demokrasi.

"Berbelas-belas demonstrasi selepas reformasi, kerajaan masih tidak jatuh. Tidak pernah menjadi satu dosa untuk rakyat menjatuhkan kerajaan. Itu hak dibawah demokrasi. Cuma cara yang bagaimana, dalam pilihanraya atau jalanraya, terpulang kepada diri masing-masing. Perlu diingatkan bahawa kerajaan itu bukan BN dan BN itu bukan kerajaan,"

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Forum Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 : Batal Atau Sah, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini malam tadi.

Forum anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 dan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu turut dihadiri peguam yang mengendalikan kes PAA 2012 N. Surendran selaku panelis pertama dan Peguam Eric Paulsen selaku panelis ketiga sementara Michelle Yesudas selaku moderator.

Dalam pada itu Adam yang mula popular sejak insiden biadap menurunkan potrait Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan UMNO sebelum ini turut berpendapat bahawa terdapat empat (4) mitos berkaitan perhimpunan aman yang pernah dianjurkan dalam negara.

"Mitos pertama tentang perhimpunan, peniaga rugi. Ini mitos, peniaga tidak pernah rugi, keropok lekor di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) habis semasa 'May Day' (Himpunan Bantah GST) hari itu. Himpunan Bersih sebelum ini, peniaga air, keropok, 'nugget' dan sebagainya walaupun ditembak dengan 'watercanon' (gas pemedih mata), mereka (peniaga) akan membuka (berniaga) semula selepas bergaduh dengan polis,"

"Kedua, dimana hak 'silent majority' (majoriti senyap)? Dulu tahun 2008 dia bolehlah cakap dia majoriti, kamu sudah jadi majoriti, kenapa senyap? Bersuaralah sepatutnya. Selepas tahun 2013, mereka bukan lagi majoriti senyap, mereka kini minoriti yang kena senyap,"

"Mitos ketiga, menyebabkan huru-hara. Huru-hara itu itu luas maknanya. Boleh jadi pecah bangunan, harta benda awam, bising dan sebagainya. Tetapi kalau diberi bantuan oleh pihak polis dimana rakyat yang datang berhimpun juga membayar cukai, orang ramai yang menjadi warganegara yang ada hak di bawah perlembagaan dan undang-undang Malaysia seharusnya diberi ruang dan selama ini belum ada lagi 'riot' berlaku dalam negara ini. 'Major rally' sebelum ini, kerajaan kata ini pencetus huru-hara tetapi jalanraya dalam negara terutamanya di kota Kuala Lumpur masih boleh digunakan seperti biasa. Hendak tengok huru-hara, tengok di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Terengganu,"

"Keempat, dikatakan perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan. Implikasi ini sangat penting. Kita perlu faham bahawa daripada tuduhan ini ia boleh mengaitkan sesuatu himpunan itu lebih jauh termasuk daripada pengunaan PAA, boleh dibawa sehingga Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah, akta polis dan sebagainya, dia boleh menggunakan macam-macam akta," katanya.

Selain itu Adam juga menyifatkan Perdana Menteri sebagai tidak konsisten dengan setiap pendirian terutamanya ketika berada diluarnegara.

"Najib ada satu perangai, saya perhati sejak dahulu lagi. Bila dia bercakap diluarnegara, bercakap dengan 'orang putih', dia akan cakap 'kami pro-human right', jaga hak rakyat berbicara, himpunan, apa-apa sahaja dia nak jaga. Tetapi dalam hal berkaitan Comango, Najib ketika respons di luarnegara kata, kita akan perhatikan apa laporan yang dibawa oleh Comango dan pastikan hak-hak rakyat negara ini dipelihara. Ini didepan 'orang putih', balik Malaysia sehari lepas itu keluar di TV3 kata Comango akan didakwa,"

"Semasa Presiden Amerika Barack Obama datang, kata kami (Malaysia) pro-human right. Saya 'search google' hendak tengok manusia dalam sejarah dunia yang menggunakan terma 'human rightism'. Najib pencapaian terbesar 2014, dia cipta terma baru, artikel 10. Artikel 10 sebenarnya menjamin hak siapa, kalau menjamin hak kerajaan, betul. Hak kerajaan untuk berbicara, dia ada televisyen dan radio. Rakyat ada apa? Akhirnya ada ucapan seperti ini, majlis atau rapat umum. Hak untuk berhimpun? Kerajaan dan sistem di bawah kerajaan mereka ada pilihanraya, rakyat hanya ada demonstrasi. Hak untuk berpersatuan, kerajaan ada parti politik, rakyat hanya ada 'union', tetapi diharamkan misalnya, pelajar tidak boleh union, pemandu teksi dan beca boleh berpersatuan. Inilah keadaan negara kita," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment