Tuesday, 3 June 2014

Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond HALAL. #JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond halal untuk dimakan oleh umat Islam kerana tidak mengandungi DNA babi.

Ia berdasarkan ujian oleh Jabatan Kimia terhadap sampel produk sama yang diambil terus daripada kilang di Shah Alam pada 26 Mei lalu walaupun makmal Kementerian Kesihatan sebelum ini menemui DNA babi dalam produk berkenaan.

Walaupun ada banyak makmal, JAKIM hanya mengiktiraf makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya bagi tujuan pengesahan penemuan DNA babi.

Keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia, mendapati kedua-dua sampel yang diambil JAKIM itu adalah jenis Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan jenis Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2, negatif DNA babi dan halal dimakan.

Ujian makmal Jabatan Kimia terhadap empat sampel produk lain dan lima bahan mentah berpotensi mengandungi unsur haiwan dalam rantaian pemprosesan sama juga didapati tiada DNA babi.

No comments:

Post a Comment