Monday, 16 June 2014

Maklum balas rakyat jadikan #Bajet2015 lebih baik

Bajet 2015 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober depan akan menjadi lebih baik sekiranya kerajaan menerima lebih banyak maklum balas dan pandangan daripada rakyat biasa. Bajet ini penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit.

Maklumat rakyat pada peringkat akar umbi membolehkan kerajaan merancang, khususnya aspek pembangunan dan pelbagai perkara yang diperlukan rakyat.

setakat ini, kerajaan menerima banyak maklum balas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak profesional.

Bajet 2015 adalah bajet pengembangan serta menyediakan peruntukan bagi program dan projek yang masih berbaki dalam tempoh RMKe-10, namun tidak mengetepikan defisit negara dengan menjangka dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus tahun ini dan mencapai bajet seimbang pada tahun 2020.






No comments:

Post a Comment