Wednesday, 4 June 2014

MB @Khalid_Ibrahim Marah JAIS Serbu Majlis Perkahwinan Wanita Murtad? @JAISelangor @FriendsofBN1


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan seorang pengantin perempuan beragama Hindu dengan nama Islam sebagai "memalukan" dan "merosakkan majlis perkahwinan".

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya jika kerajaan negeri menganggap tindakan JAIS menyoal siasat pengantin itu, Zarena Abd Majid, 32 tahun sebagai satu "serbuan". Pelik betul Ketua Exco Hal Ehwal Agama boleh keluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah menghalalkan murtad dan perkahwinan wanita Islam dengan Hindu. Ini bukan kali pertama Khalid Ibrahim bersekongkol dengan kafir. Beliau turut kesal dengan tindakan JAIS semasa serbuan majlis murtad dan rampasan Bible dalam Bahasa Melayu sebelum ini. 

Sekarang memang terang lagi bersuluh Khalid hanyalah puppet dalam pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ketuanan DAP sudah terserlah sehingga mereka ini boleh memijak-mijak puak PAS dan PKR.

1 comment:

Anonymous said...

khalid ibrahim apakah hubungan kau dengan antony tan sdah lupa kah.

Post a Comment