Thursday, 19 June 2014

PRESIDEN #ISMA DIIKAT JAMIN RM5000 DI BAWAH AKTA HASUTAN


Ustaz Abdullah Zaik sebentar tadi hadir ke Kompleks Mahkamah Kajang jam 9 pagi bagi sebutan kes dibawah Akta Hasutan 1948. Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.

Turut hadir Timb Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya, Naib Presiden 1 ISMA Abd Rahman Mat Dali, Naib Presiden 2 ISMA Fauzi Asmuni dan 16 orang pemimpin ISMA yang lain.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5000 kepada  Ustaz Abdullah Zaik dan kes akan disebut semula pada 18 Julai 2014 nanti.




No comments:

Post a Comment