Friday, 27 June 2014

Strategi Terbaru DAP Kaut Undi:Bawa Masuk Perempuan Melayu Cantik Tetapi Bengong @dyanasmd @tunfaisal @FriendsofBN1


Dyana Sofya cuba kembali semula untuk membuktikan bahawa dia sememangnya adalah calon DAP yang sesuai. Namun seperti dalam keadaan-keadaan sebelum ini, ternyata Dyana Sofya hanya memiliki wajah tetapi tidak mempunyai otak. 

Malam semalam dari jam 8:30 sehingga 10:15 malam bertempat di Kaffe Cafe, No.23, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, satu forum atau bengkel yang bertajuk 'PERBINCANGAN POLITIK BARU ANAK MUDA' oleh Dyana Sofya Mohd Daud telah diadakan. 

Yang hadir adalah seramai lebih kurang 50 orang ahli-ahli DAP, dan blogger-blogger pro-DAP dan Pakatan Rakyat. 




Antara yang turut hadir, termasuklah LIM LIP ENG, Ahli Parlimen Segambut merangkap Setiausaha Organisasi DAP Wilayah Persekutuan; EDRY FAIZAL EDRY YUSOF, Koordinator Rocketkini.com; SIME CHEE-KEONG, Pengarah Biro Pendidikan Politik DAPSY. 

Dalam ucapannya, Dyana Sofea menyatakan, dia akan mengembalikan MALAYSIAN MALYSIA sepertimana yang dibawa oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman walaupun Allahyarham Tunku Abdul Rahman merupakan orang penting di sebalik penyingkiran Singapura, Lee Kuan Yew dan PAP dari Malaysia pada tahun 1965 kerana masalah yang dicetuskan oleh MALAYSIAN MALAYSIA yang diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP. 

Selepas PAP bukan lagi salah sebuah parti politk berdaftar di Malaysia, seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew yang merupakan Ahli Parlimen Bangsar, Devan Nair bersama-sama seorang pendatang dari China yang baru mendapat kerakyatan, Chen Man Hin, telah menubuhkan DAP yang menggunakan kesemua Perlembagaan PAP pada tahun 1965.

Menariknya, Dyana Sofya bercakap retorik tentang pemimpin anak muda yang seharusnya diberikan peluang memimpin kerana golongan tersebut dikatakan mempunyai visi dan misi yang baru. Malah katanya lagi, golongan itulah yang akan menghapuskan kepimpinan sedia ada di mana korupsi dan penyelewengan berlaku secara meluas. 

Retoriknya, Dyana Sofya menyatakan Pakatan Rakyat sangat yakin dengan golongan ini walaupun hakikatnya, pemimpin-pemimpin dari golongan muda dalam Pakatan Rakyat sebenarnya hanyalah dipergunakan untuk melakukan kerja-kerja rencam, manakala segala keputusan dibuat oleh golongan tua seperti yang berlaku di dalam DAP. 



Dari tahun 1965 sehingga kini, Lim Kit Siang masih lagi merajai DAP walaupun pemimpin-pemimpin parti lain bersilih ganti. Lim Kit Siang merupakan antara ahli Parlimen paling lama di Malaysia. Dan di tangan Lim Kit Siang juga, ramai pemimpin muda yang dilihat mampu mencabar anaknya, Lim Kit Siang telah dibunuh, dicantas dan diterajang keluar dari DAP seperti Lee Lam Thye dan pemimpin-pemimpin Melayu DAP pada tahun-tahun 70-an sehingga 80-an. 

Majlis anjuran Rocketkini.com untuk berinteraksi secara terus dengan golongan muda. Majoriti yang hadir terdiri daripada blogger-blogger tempatan.Ucapan dan dialog yang diperbincangkan tidak menyentuh keperibadian pemimpin kerajaan tetapi lebih terarah untuk menukar kerajaan sekarang ini serta memberi peluang kepada golongan muda bagi mengubah landskap politik MALAYSIA.

Sesuatu yang menarik ialah, dalam majlis tersebut, Dyana Sofya LANGSUNG TIDAK BERPENGETAHUAN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengenai isu politik semasa dan terpaksa dibantu oleh blogger-blogger pro DAP-Pakatan untuk menjawab. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan, kehadirannya hanyalah sekadar untuk menarik golongan muda menyertai DAP. 

Majlis diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh blogger dan wartawan bebas yang dikenali.

Program yang diadakan ini diaturkan oleh Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY) untuk menonjolkan DYANA SOFEA sebagai politik anak muda yang berani dengan cabaran kontroversi kerana telah tiba masanya politik negara di pandang dari sudut anak muda.




Sesuatu yang pasti dan telah dipelajari oleh DAP ialah, selain Dyana Sofya, mereka perlu merekrut gadis-gadis Melayu bertudung yang berwajah cantik sebagai jurucakap mereka. Dalam majlis tersebut, seorang gadis bernam SYEFURA OTHMAN (berbaju dan bertudung merah) telah diperagakan dan bakal dijadikan bidak untuk menarik lebih banyak sokongan golongan muda Melayu kepada DAP.

No comments:

Post a Comment