Wednesday, 2 July 2014

200 sampel darah babi diambil

TASEK GELUGOR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang telah mengambil 200 sampel darah daripada babi yang terdapat di 20 buah ladang ternakan haiwan itu di sekitar kawasan Kampung Selamat di sini.

Pegawai jabatan itu, Dr. Nabilah Abdul Talib berkata, langkah pengambilan sampel itu adalah bagi mengesan kemungkinan haiwan berkenaan telah dijangkiti virus Ensefalitis Jepun(JE).

Beliau berkata, sampel berkenaan diambil daripada babi yang diternak di ladang ternakan yang terletak sekitar radius satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini.

Sekolah itu merupakan tempat di mana seorang murid lelaki tahun enam kini dilaporkan koma dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru dekat sini selepas dipercayai dijangkiti virus JE.

KOSMO

No comments:

Post a Comment