Wednesday, 9 July 2014

@Khalid_Ibrahim Mangsa RBA? @DAPMalaysia @tonypua @REALGel_Biru



Khalid Ibrahim terus menerima tekanan dari dalam partinya sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kali ini, strategi pihak terbabit semakin terdesak apabila menyebarkan maklumat palsu dengan mengaitkan pihak media kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.

Mesej palsu berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Abdul Khalid itu.

Turut dimuatkan dalam mesej itu ialah kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor pada pukul 9 pagi, Isnin dan sidang media mengenainya akan diadakan selepas itu.

Bagaimanapun Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan maklumat berkenaan.

Sementara itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dikesan turut menjadi mangsa agenda politik pihak tidak bertanggungjawab apabila nama agensi itu digunakan untuk menyebar berita palsu mengenai perletakan jawatan Abdul Khalid.

Menerusi mesej dua perenggan yang dihantar menggunakan singkatan 'Bernama' dihujungnya, penyebar turut mendakwa kononnya Sultan Selangor memperkenan Exco PAS, Iskandar Abdul Samad untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.



Bernama menerusi Twitternya bagaimanapun menafikan maklumat tersebut.

Berikutan itu sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan membuat laporan polis terhadap penyebaran laporan palsu membabitkan Abdul Khalid itu.

Pengerusi Penaja PASMEB, Mazli Saring berkata, laporan polis itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan, termasuk daripada pemimpin PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat 'langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment