Tuesday, 8 July 2014

@Khalid_Ibrahim vs @anwaribrahim: Siapa Yang Akan Kecundang? #KhalidLetakJawatan #Selangor


Tindakan Si Ketua Penipu tu mengkritik pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim telah ditempelak secara terang - terangan oleh Menteri Besar Selangor tu.

Kata Khalid, Si Ketua Penipu tu tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran Negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan dia sebagai Ketua Umum juga turut dipersoalkan.
 "Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan. Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.
Semalam sebuah portal berita melaporkan, Si Ketua Penipu tu dikatakan bimbang dengan pentadbiran Rwjim Pakatan Selangor mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan.

Antara isu yang dibimbangi Si Ketua Penipu adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

Namun bagi Khalid Ibrahim, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh Rejim Pakatan Selangor perlu dipatuhi supaya rakyat kekal yakin dengan kepimpinan tertinggi.

Yang kelakarnya, sempat jugak Si Khalid Ibrahim tu nak berlagak dan mendabik dada kata dia mempunyai latarbelakang Profesional menguruskan ASB.
 "Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.
 "Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.

"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.
Nampak gayanya, Si Khalid Ibrahim ni dah mula Besar Kepala dan berani membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Mungkin tindak-balas yang diberikan oleh Si Khalid boleh dianggap terdesak apabila diri dia terus terancam dengan seluruh kepimpinan parti diperingkat atasan.

Dalam erti kata lain, kenyataan Si Khalid tu jelas menunjukkan yang PKR ni memang TAK MAMPU nak urus-tadbir Negeri dengan baik dan menjaga Kebajikan Rakyat. Setakat cakap je lebih, tapi buat kerja satu hapah pun TARAK!!!

No comments:

Post a Comment