Thursday, 3 July 2014

#MB Selangor Baharu:Hadi Cadang Selepas Raya;Anwar Mahu Secepat Mungkin @Khalid_Ibrahim @FriendsofBN1 @tunfaisal @anwaribrahim



Nampak gayanya rakyat Selangor ‘confirmed’ akan mendapat MB baru dalammasa yang terdekat ini. Menurut sumber, antara perkara utama yang dibincangkan Anwar dan Hj Hadi baru-baru ini adalah soal keperluan mendesak menukar MB Selangor dalam masa yang terdekat.

Anwar mahukan ianya disegerakan. Malahan, minggu pertama Ramadhan mahu dijadikan batu asas kepada penukaran MB yang akan dilakukan secepat yang boleh. Anwar juga sudah menyediakan pelan cadangan sekiranya usaha tersebut mendapat respon negatif pihak Istana. Ada unsur ugut dan gempak. Hebat.

Haji Hadi mahukan semuanya berlaku selepas Syawal. Haji Hadi bangkitkan soal jadual kerja MB yang padat sepanjang Ramadhan, yang mungkin membuatkan tidak manis untuk memecat MB pada waktu yang
begini.

Soalnya, siapa yang mahu diambil alih.

Di atas kertas, apa yang dimahukan adalah Khalid turun sebagai MB. Itu paling mutlak. Soal siapa yang ambil alih, kurang penting.

Antara cadangan awal:-

1. Wan Azizah (mengikut perancangan awal Kajang Move)
2. Azmin Ali
3. Iskandar Samad (PAS) dengan jawatan Timbalan Menteri Besar
diwujudkan dan diberikan kepada PKR.

DAP tidak ada masalah dengan mana-mana pilihan, tetapi Kak Wan dan
Iskandar mendahului Azmin jauh apabila tinjauan dilakukan di kalangan
pimpinan DAP Selangor.

Charles Santiago

Ean Yong Hian Wah

V. Ganabatirau

Gobind Singh

T. Kannan

Lau Weng San

Lee Ka Hiong

Ng Suee Lim

Ng Sze Han

Philip Tan Choon Swee

Ronnie Liu

Tiew Way Keng

Tony Pua

Hannah Yeoh

Teng Chang Khim

Daripada tinjauan umum di kalangan 15 pimpinan DAP Selangor; Kak Wan dan Iskandar Samad mencatat keputusan seri 13 undi. Azmin hanya mendapat 2 undi. Walaupun bukan semua adalah ADUN di Selangor, tapi suara mereka cukup kuat di Selangor.

Kasihan Khalid. Mangsa keadaan.

No comments:

Post a Comment