Tuesday, 5 August 2014

Edisi Tak Terkejut Pun:Orang Cina, Pemberi Rasuah Paling Besar Negara Ini!



Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menyimpulkan bahawa DAP begitu marah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau seorang profesional yang sukar untuk di rasuah dan di pergunakan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Zainuddin yang menulis dalam entri di blog zamkata.blogspot.com hari ini berkata pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina.

“Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP dan pada umumnya sama sahaja. Orang Melayu tidak banyak wang untuk merasuah dan malu untuk melakukan sesama sebangsa.

“Pengharapan adalah sama di antara kalangan usahawan dan perniagaan Cina dari DAP terhadap kerajaan pimpinan Khalid.

“Apa gunannya kuasa kalau tidak boleh dibahagikan rezeki antara ahli parti yang akan dapat membalas budi untuk meluaskan dan memperkuatkan parti,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam UMNO dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan cukup memahami ‘permainan’ ini.

“PKR juga ada kroni dan DAP tentunya mempunyai penyokong parti yang mengharapkan peluang besar dalam perniagaan dan keusahawanan di Selangor yang kaya raya.

“Mereka mengharapkan segala kemudahan yang di nikmati selama ini oleh kroni UMNO, MCA, MIC dan lain lain parti komponen BN dapat di nikmati oleh mereka juga.

“Namun sikap Khalid yang profesional menyebabkan beliau tidak disukai oleh partinya sendiri,” ujarnya.

Jelasnya lagi, inilah sebab utama DAP menyokong presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar Ibrahim yang di kira mudah untuk di pergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik dengan menggunakan kepakaran suaminnya yang telah mempelajarinya semasa dalam UMNO dan BN.

“Khalid tidak seharusnya lagi di anggap sebagai ‘loyalist’ kepada Anwar kerana beliau telah menjadi punca kepada hilangnya maruah dan penghormatan Anwar pada pandangan umum dengan menolak Wan Azizah kepada taraf pembantu rumah PKR,” katanya.

Menurut Zainduddin, Khalid juga di anggap tidak berguna oleh DAP disebabkan beliau seorang yang berhati- hati dalam pekara yang menyentuh kesucian dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Khalid juga menghormati Sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis agama dan istitusi agama yang berkuasa dalam kerajaan negeri.

“Hal ini terserlah dalam masalah bible dan hudud dan beberapa hal lain.

“Jiwa Khalid masih nasionalisme UMNO,” katanya.

No comments:

Post a Comment