Monday, 11 August 2014

Faekah Husin Sah Keluar Parti PKR!! #PakatanRetakMenantiBelah #Nepotisme #PartiAnakBeranak



Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Faekah dalam surat ke‎pada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor.

“Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

“Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

“Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999,” katanya dalam surat tersebut.



No comments:

Post a Comment