Tuesday, 12 August 2014

Husam Musa Ingkar Arahan MB Kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz? @hajihusammusa @nikabdulaziz


Apabila MB Kelantan yang baru dan Tuan Guru Nik Aziz seakan-akan mula menunjukkan niat untuk keluar dari Pakatan Rakyat yang retak menanti belah, Husam Musa yang telah dikenal pasti sebagai salah seorang anwarinas dalam parti PAS menyatakan bahawa PAS masih memerlukan Pakatan Rakyat biarpun parti tersebut sering dicaci, disaman dan diperguna oleh DAP dan PKR. 

Husam yang telah gagal dalam mengotakan janji beliau kepada rakyat Kelantan melalui projek-projek yang gagal (Lebuhraya Rakyat, Keretapi Laju, Kambing Jamnapari dan penemuan minyak di Kelantan) terbukti menjadi duri dalam daging yang membusukkan PAS kerana membelakangkan ulamak.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membidas pandangan sesetengah pemimpin yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan berjuang bersendirian atau menyertai Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Husam berkata, berjuang bersendirian umpama PAS kembali ke zaman 1980-an di mana parti itu bersendirian tanpa bersekutu dengan mana-mana pihak selepas ditendang keluar daripada BN.

"Saya masuk PAS ketika PAS sendirian, keluar daripada BN. Saya masih muda ketika itu, lihat seolah-olah PAS tiada masa depan.

"Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, hujung minggu lalu.

Husam berkata, masa terbaik bagi PAS adalah bekerjasama dengan PR kerana ia memberikan peluang sama rata kepada setiap parti.

"Jika kita ikut Umno kita umpama gerabak pada Umno bukan lokomotifnya. Sampai bila pun kita tidak dapat memintas Umno sebab kita satu landasan.

"Tapi dalam PR landasan kita parallel sebab kita punya landasan berbeza dan persaingan sihat untuk masa depan politik lebih baik. Kalau baik PAS, maka PAS akan mengetuai, jika PKR yang baik maka ia akan jadi ketua. Kita perlu yakin politik Melayu akan berlaku rekonstruksi.

“Tetapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tidak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun membetulkan dan meyakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.

Kenyataan Husam itu dibuat ketika sesetengah pihak dalam PAS kelihatan mahu keluar PR selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.

Ini kerana, pimpinan Ulama dalam PAS termasuk Majlis Syura Ulama membuat keputusan menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor berbanding cadangan PKR mahu menukarnya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah ada juga ahli PAS gembira apabila ada laporan menyatakan pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakub berkata, parti itu sedia membuat tawaran kepada Khalid menjadi ahli. Bagaimanapun, Ahmad menafikan berita itu semalam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini melancarkan Gerak II sebagai simbolik menubuhkan gerakan menyokong Khalid selepas Gerak yang pertama dilancarkan bekas presiden parti allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat Umno pada 1998.

Pada masa sama, melalui media sosial khasnya Facebook diedarkan gambar pertemuan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dengan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

No comments:

Post a Comment