Thursday, 14 August 2014

#IniKhalidlah #KrisisSelangor :Sumpah Sang Buana - Penyelamat Selangor dan Si Khalid Ibrahim


Nampaknya PKR dan hantu2nya sekali lagi gagal bertaring di Selangor. Orang suruhan PKR, Si Khalid Ibrahim nampaknya bukan calang-calang orang. Walaupun sebelum ini cukup akur dengan si Nuar dalam semua perkara, mengapa beliau tidak pula akur apabila disuruh kosongkan kerusi MB?

Adakah Si Khalid ni dah giler kuasa? Ataupun adakah ini salah UMNO lagi? Agak pelik jugak bila beliau sanggup bertelagah dengan Si Nuar yang sebelum di sanjung tinggi bagaikan Si Rajawali.

Masih ingatkah kita pada Si Sang Buana.......yang dipegang oleh si Khalid semasa upcara mengangkat sumpah perlantikan sebagai MB. Sejarah Selangor mencatitkan Si Khalid mencatat sejarah tersendiri bila dia terpaksa memegang tombak Sang Buana yang melambangkan kekuasaan Sultan Selangor sambil membacakan 10 Aku Janji yang disediakan khas oleh pihak Istana. 

Belum pernah dalam sejarah negara ini atau Selangor sendiri dimana keadaan tersebut berlaku. 

Antara lain, Aku Janji itu mengkehendaki Khalid berjanji untuk memelihara kesucian Islam, memeliharan kedaulatan raja, mematuhi arahan dan ketetapan Istana, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu an sebagainya. 

Kalau kita ikutkan Aku Janji yang disediakan oleh Sultan Selangor itu, tidak ada apa yang baru kerana semua perkara tersebut memang termaktub dibawah Undang-undang Tubuh negeri dan perlembagaan persekutuan, Tetapi apabila Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan mahu Khalid berjanji satu persatu dengan disaksikan Si Sang Buana, sudah pasti terdapat sesuatu rahsia disebalik upacara tersebut yang disertai dengan lambang kekuasan baginda, 

Jadi, sendiri mahu paham la..........Kalau Si Khalid tak sanggup melanggar sumpah yang sudah dibuat, sanggup ker Si Nuar buat. Nak angkat sumpah di Masjid Negara dulu pun Si Nuar puas mencari alasan. Si Nuar ni kena akur lah dengan ketetapan Sultan. Ini bukan Republik. Ini Tanah Jajahan Sultan.

No comments:

Post a Comment