Wednesday, 27 August 2014

#KrisisSelangor: Pakatan Menipu Tentang Bilangan Calon MB Selangor Pada PRU 12 & 13? #Selangor4Selangor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat pernah mencadangkan nama lebih daripada seorang calon untuk jawatan Menteri Besar.

Abdul Khalid mendakwa, perkara tersebut tidak dilaporkan dengan tepat.

“Ada calon lain juga yang dikemukakan kepada istana secara berasingan dan kedua-duanya dibuat oleh PKR dan Pas.

“Ia (merujuk kepada pemilihan MB) pada tahun 2008 dan 2013,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, nama tersebut dihantar selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta pada tahun 2008.

Perkembangan terbaru itu bercanggah dengan kenyataan Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Apa yang saya katakan adalah tidak dilaporkan dengan betul. Tidak ada yang dikatakan satu nama, sebab persetujuan dengan pihak istana adalah lebih daripada satu nama untuk diserahkan kepada pihak mereka.

“Pakatan telah memberikan lebih daripada satu nama pada 2008 dan 2013 sebagai calon tambahan selain saya dalam surat yang berbeza,” kata Khalid.

Pada Selasa, Pakatan Rakyat dalam kenyataannya memaklumkan DAP dan Keadilan hanya meletakkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Khalid turut difahamkan yang Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat nama calon tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya difahamkan surat sudah dihantar pada hari ini, jadi saya mengharapkan pihak istana tidak menghantar salinan kepada saya, itu sahaja. Sebab saya tidak mahu tahu apa-apa juga informasi.”

Khalid ditemui selepas mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment