Thursday, 14 August 2014

#KrisisSelangor Rodziah Putuskan Hubungan Dengan Khalid,Setia Bersama Bang Non!



Exco Selangor daripada PKR Rodziah Ismail hari ini berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada kabinet Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.

“Ya, saya akan (letak jawatan),” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan keluar daripada kabinet Khalid.

Rodziah berkata demikian sewaktu ditemui di lapangan terbang sepulangnya daripada Bangkok, Thailand sebenar tadi.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan Khalid, Rodziah menjawab, beliau akan menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau hanya bercakap sebentar sebelum bergegas ke keretanya.

Khalid hari ini berkata, Rodziah masih dialu-alukan meneruskan khidmat dalam pentadbirannya dan beliau menunggu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkannya.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam siang tadi, Khalid berkata beliau masih belum menulis surat pemecatan kepada Rodziah yang berada di luar negara ketika itu.

Khalid juga berkata beliau sebelum ini telah pun bertemu dengan Rodziah tetapi tidak mahu mendedahkan butirannya.

Rodziah satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP yang belum dipecat Khalid.

Kabinetnya kini hanya berfungsi dengan dukungan empat exco PAS yang masih bertahan.

2 comments:

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Anonymous said...

walaupun saya berkhidmat diluar selangor saya anak jati selangor saya masih ingat/kenal kepada yb
dato abu hassan omar menteri besar yang sederhana pemimpin ini dak pentingkan kuasa/harta
beliau berkhidmat semata-mata untuk negerinya .......pemimpin beginilah patut ujut di selangor....

Post a Comment