Thursday, 28 August 2014

#KrisisSelangor: Sebelum Wan Azizah Jadi MB, Boleh kami Tahu Apa Kandungan 18 Muka Surat Dulu?



Satu waktu dulu berbelas tahun yang lalu wanita yang mahu dijadikan calon MB Selangor unchallenge dari mana mana calon sePakatan nya ini pernah menulis surat kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Dikata kan sejumlah 18 muka surat panjang lebar diserahkan kepada Tun Mahathir untuk pengetahuan dan tindakan nya.

Tetapi akibat menganggap surat itu serta isi kandungan nya terlalu peribadi dan pasti mengaibkan seseorang, maka mantan perdana menteri Tun Mahathir hanya membaca dan menyimpan nya sahaja.

Dari petikan sebuah akhbar ketika di tanya berkenaan surat itu Tun Mahathir hanya berkata sebegini -
“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya.

Jadi surat ini mensabitkan hal seorang yang sangat teringin menjadi Imam kepada seluruh rakyat negara ini , jadi Perdana Menteri.

Maka amat wajar surat itu didedahkan isi kandungan nya, jika ia hal kecil dan tidak babitkan negara pasti tidak ada keperluan seorang isteri melarikan diri kepada Perdana Menteri waktu itu mengadukan hal.

Tambah lagi wanita yang bakal jadi Imam kepada seluruh lelaki di negeri Selangor ini baik pada yang berserban mahu pun tidak, harus lah “come out clean” dan menceritakan apa isi kandungan nya.

Mungkin agak nya keraguan sultan kepada individu yang bakal duduk disebelah nya ketika persidangan Majlis Raja Raja sudah tahu akan sedikit hal ini kerana almarhum ayah nya sangat akrab dengan Mantan PM , lalu tidak mahu membuka aib ,, sekadar hanya menolak sahaja pencalonan wanita ini.

Apa pun seorang ulama dari parti Islam pernah berkata , jika aib itu membabitkan seorang yang bakal menjadi pemimpin maka ia harus dan dibolehkan di dedah, kita tidak tahu lah pula jika Ulama ini akan U-turn dan membuat fatwa baru jika keadaan merugikan parti nya kali ini. Kerana kita semua sudah terbiasa dengan tabiat ulama akhir zaman ini.

Selain dari surat setebal 18 muka itu, wanita yang bakal jadi MB Selangor juga pernah melarikan diri kepada Tun Siti hasmah mengadukan hal. Lalu di nasihatkan agar berbaik semula kepada suami nya.

Jadi sebenar nya ada sesuatu yang tidak baik dan tidak pasti kepada pasangan suami isteri ini yang kita belum tahu. Dan kita mahu tahu. Sebelum ditabalkan menjadi MB Selangor.


Sumber

No comments:

Post a Comment