Tuesday, 26 August 2014

#KrisisSelangor:Khalid Mengadap Sultan Hari Ini Untuk Bubar DUN? @Khalid_Ibrahim @NajibRazak #Selangor4Selangor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untutk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ekoran krisis pentadbiran yang melanda negeri itu.

Menurut sumber pejabat Menteri Besar itu, Khalid akan menasihatkan sekaligus memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor.

“Itu adalah merupakan langkah penyelesaian terbaik dengan menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk membuat keputusan.

“Biarlah rakyat Selangor yang menentukan sama ada Wan Azizah layak atau tidak menerajui kepimpinan negeri” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sumber tersebut turut berkata, Khalid merasa sangat kecewa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh rakan-rakan PKR terhadapnya berhubung kemelut politik di Selangor termasuk isu pinjaman peribadinya dengan Bank Islam.

“Beliau sangat kecewa dengan pendekatan kotor PKR yang suatu ketika dahulu begitu menghormati dan menyanjungi kebolehannya.

“Sebelum ini mereka) mengatakan Khalid sebagai Menteri Besar yang terbaik, berjaya urus tadbir Selangor dengan berhemah dan sebagainya, namun kini beliau dihina serta dimalukan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan” ujarnya lagi kepada SuaraTV dengan penuh emosi.

Menurutnya lagi atas sebab itu juga, Khalid telah mengambil keputusan untuk bersara dari politik dan pilihanraya negeri adalah medan yang terbaik untuk beliau meletakkan jawatan.

Khalid ketika ketika ditemui wartawan semalam mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor hari ini bagi mendapatkan nasihat dan pandangan baginda berhubung kedudukannya.

Beliau berkata pertemuan itu dijangka berlangsung pada 2.30 petang dan sebarang perkembangan susulan perbincangan itu akan dimaklumkan dalam sidang media pada 4 petang hari sama.

Sumber tersebut turut mendedahkan kepada SuaraTV, Khalid mungkin menghadap Sultan di Istana Kayangan tetapi lokasi sebenar belum diketahui kerana terdapat beberapa istana di Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu sebelum ini mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh Sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

PKR sebelum ini telah memberikan amaran kepada Khalid supaya tidak mengusulkan cadangan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan DUN.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jika Abdul Khalid terus bertegas untuk menghadap Tuanku tentang hal itu, ia hanyalah mahu mensabotaj mandat dan kepercayaan pada PRU13 lalu.

“Jangan berani sabotaj rakyat dengan membubarkan Dun Selangor, kerana berbulan-bulan kami tutup perkara ini (kes Khalid) sehinggalah terpaksa diambil oleh Biro Politik” katanya ketika menggulung ucapan Presiden PKR pada Kongres Nasional PKR, di Stadium Malawati, baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-ibrahim-tidak-tolak-kemungkinan-bubar-dun-selangor#sthash.KY1q3K9t.dpuf

Awal bulan lalu Khalid dilaporkan berkata tidak menolak kemungkinan membubarkan DUN sebagai langkah menyelesaikan krisis tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

“Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden PKR Datin Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail turut dikatakan akan menghadap Sultan Selangor hari ini.

Menurut portal Keadilan Daily, Sultan Selangor dikatakan telah perkenan menerima permohonan Wan Azizah untuk menghadap selepas baginda selesai bertemu dengan Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment