Tuesday, 26 August 2014

#KrisisSelangor:Nga Kor Ming Kerahkan Sultan Selangor Ikut Kehendak Lim Kit Siang Dan Anwar Ibrahim?



Sikap biadap Nga Kor Ming memang tidak perlu diperkatakan. Setiap yang keluar daripada kenyataannya, semuanya menjurus ke arah kebencian terhadap Melayu, Islam dan Bumiputera.

Hina DYMM Yang Di-Pertuan Agong...
Hina Islam...
Hina Bahasa Melayu...
Hina Hak Melayu dan Bumiputera...
Hina Syarikat-Syarikat Melayu...
Hina Usahawan dan Perniagaan Melayu...
Hina Kakitangan dan Penguatkuasa Melayu...
Hina Parti-Parti dan Kesatuan Melayu...


Semua itu telah dilakukan oleh Nga Kor Ming semenjak namanya dikenali di persada politik Malaysia bermula dari tahun 2008. Apa lagi yang tidak dihinanya. Asalkan ada elemen Melayu-Islam dan Bumiputera, semuanya akan dihina. Dan orang ini jugalah yang mempertikaikan penyaluran peruntukan untuk masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama, padahal ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor turut mendapat perhatian Nga Kor Ming. Sudah tentulah perhatian Nga Kor Ming adalah pada DYMM Sultan Selangor memandangkan kuasa memilih, memperkenan dan melantik Menteri Besar Selangor adalah hak dan kuasa mutlak Sultan Selangor.

Apakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Nga Kor Ming ini sebenarnya mahu memberitahu rakyat Selangor bahawa Selangor telah dijajah oleh DAP dan Sultan Selangor sudah tidak ada sebarang kuasa, melainkan terpaksa mendengar dan akur dengan sebarang perintah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim?

Apakah Nga Kor Ming mahu memberitahu bahawa sebarang keputusan DYMM Sultan Selangor yang tidak berkenan di hati Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim merupakan satu perlanggaran undang-undang?

Nampak benar gelojoh DAP yang baru menang sedikit tetapi bercita-cita besar untuk menghalau dan menghapuskan Melayu!!!

No comments:

Post a Comment