Monday, 11 August 2014

Langkah Kajang Anwar Kejang:Sultan Perkenan Khalid Terus Kekal #MB @Khalid_Ibrahim @rafiziramli #LangkahKejang



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau akan kekal sebagai menteri besar Selangor buat masa ini diatas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya telah menghadap Tuanku pada pagi tadi di Istana Alam Shah untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai menteri besar Selangor selepas pemecatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Justeru, Tuanku berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan memperkenankan saya untuk terus memegang jawatan sebagai menteri besar,” katanya.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Beliau turut berkata sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP.

Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco.

“Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment