Thursday, 28 August 2014

#LebuhrayaRakyat : #PAS Jemput Rakyat Ke Majlis Masuk Tapak Lebuhraya Rakyat Lagi Sekali? @nikabdulaziz @khalidsamad


Untuk sekian kalinya, PAS merasmikan sekali lagi Lebuhraya Rakyat sejak dilancarkan pertama kali pada Mei 2012 lalu.

Ketika itu bergema gempitalah seluruh dunia tentang kehebatan projek tersebut yang dilakukan oleh PAS

Entah banyak mana wang rakyat dikutip dan masuk ke kantong, karung, supik-supik, kopiah dan tin milo setiap kali majlis anjuran PAS tersebut yang tidak pernah diumum atau diaudit.

Jika kita dari selatan hendak ke Kelantan untuk ke Kota Bharu, kita pasti menempuhi perjalanan yang begitu panjang selain terdedah dengan mara bahaya lori balak, jalan kecil, gelap, sesak dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kemalangan.

Memang wajar ada sistem jalanraya yang baik dan selesa. Namun pembinaan lebuhraya tersebut sering menjadi bahan kempen politik puak PAS untuk memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Kini projek lebuhraya tersebut dirasmikan kembali oleh Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yaakub dengan kos RM854 juta dan dijangka siap penghujung tahun 2017 sejauh 30.5km menghubungkan Bukit Tiu ke Dusun Damar, Kuala Krai.

Projek ini bakal disambung dengan projek Lebuhraya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km yang rancak dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Adakah ini mungkin sebagai strategi PAS dan Menteri Besar untuk memancing undi dalam PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung tak lama lagi.

Umumnya tahu Datuk Ahmad Yaakob adalah ADUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat yang juga jiran kepada DUN Pengkalan Kubor. Sambil tenggelam sambil minum boleh mempromosi parti PAS untuk PRK Pengkalan Kubur yang tidak lama lagi. Sudah faham sangat janji khas PRK je, lepas menang nanti janji tinggal janji, itulah PAS sejak dari dulu lagi tidak pernah berubah sampailah sekarang.

Admin: Event ni nak kutip duit ke?

No comments:

Post a Comment