Monday, 11 August 2014

#PAS Tolak Rayuan Khalid Ibrahim Masuk Parti?PKR Tuduh Khalid Menipu? @khalid_ibrahim @KhalidSamad #nepotisme #PakatanRetakMenantiBelah



Pemimpin-pemimpin PKR hari ini menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor dengan mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti dalam DUN negeri itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Khalid tidak harus mendakwa sedemikian kerana PAS belum membuat pendirian rasmi mengenai kemelut itu.

“PAS Pusat belum buat keputusan, kita tunggu keputusan PAS Pusatlah.

“Dia (Khalid) tidak selayaknya bercakap sebegitu kena tunggu keputusan daripada pihak PAS.

“Ini Mesyuarat Majlis Diraja ini mesyuarat bulanan jadi kita tidak boleh ambil dia sebagai pendekatan ke atas keputusan yang dibuat adalah mesyuarat khusus untuk kedudukan dia.

“Siapa dia (Khalid) yang nak mengatakan PAS sokong dia?” soal beliau.

Hari ini Sultan Selangor bersetuju Khalid kekal sebagai menteri besar selepas beliau memberitahu baginda bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor.

“Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Justeru DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan untuk saya terus memegang jawatan sebagai MB Selangor.

“Sehingga ada perkembangan terbaru, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Johari Abdul berkata Khalid harus memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menentukan beliau mendapat majoriti sokongan atau tidak.

“Kalau dia ada sokongan majoriti, saya rasa dia (Khalid) harus panggil dewan sekarang (sidang DUN). Biar ahli-ahli dewan yang menentukan sama ada dia mendapat majoriti atau tidak.

“Saya kira sebagai jalan keluar dia kena lakukan demikian. Dia tak ada pilihan kerana yang pertama dia tak ada parti. Yang kedua bagaimana nak membuktikan yang dia mendapat sokongan majoriti?” soal beliau.

Seterusnya Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Xavier Jayakumar berkata Khalid harus menjelaskan bagaimana beliau memperolehi sokongan majoriti DUN selepas dipecat oleh parti.

Dalam satu kenyataan, Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima penjelasannnya bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti DUN walaupun dipecat PKR Sabtu lalu.

“Kita pun nak tahu juga macam mana dia ada majoriti itu. Kita tidak faham itu,” kata Xavier.

“Saya ingat Umno perlu buat kenyataan sama ada Umno bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,” tambah beliau.

Xavier berkata PKR dan DAP sudah membuat ketetapan menolak Khailid, namun PAS dan Umno-BN belum membuat pendirian rasmi masing-masing.

“Kita sudah nyatakan pendirian kita … juga DAP. Tinggal Umno dan PAS sahaja. Adakah PAS bersetuju sokong Khalid?

“Kalau sokong, adakah PAS juga akan sokong Umno kerana sokongan Khalid sebegini bermakna ada kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno,” kata Xavier.

Xavier berkata Khalid seharusnya memohon Sultan Selangor untuk mengadakan sidang khas DUN bagi menguji ketaatan kesemua 56 ADUN terhadapnya.

Setelah memecat Khalid, PKR kini mempunyai 13 ADUN, DAP 15, PAS 15 dan BN 12.

Jawatankuasa Pusat PAS akan bermesyuarat Ahad depan untuk membuat pendirian rasmi mengenai Khalid sungguhpun pucuk pimpinan parti mahu beliau kekal sebagai MB.

No comments:

Post a Comment