Tuesday, 5 August 2014

PENDUDUK PERTIKAI FLAT DICAT WARNA & LAMBANG PARTI POLITIK @nikabdulaziz @cmlimguaneng #Penang


GEORGE TOWN: Tindakan mengecat empat daripada 26 blok pangsapuri di Taman Tun Sardon di sini dengan warna dan corak yang menyerupai lambang sebuah parti politik menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Dakwa mereka perbuatan itu boleh menyebabkan penduduk berpecah belah.

"Memang warna itu cantik tapi bila depa (mereka) letak macam lambang parti rasa tidak syok. Lambang parti apa pun tak patut dicat (pada bangunan pangsapuri). Masyarakat boleh berpecah belah pasal politik," kata Zainab Bee Mohd Yusof, 68, ketika ditemui Isnin.

Dia yang tinggal di pangsapuri empat tingkat tersebut sejak 1983 berkata tindakan itu juga tidak sesuai kerana sekarang bukan musim pilihan raya.

"Kalau nak cat warna bendera Malaysia tak apalah juga, sebab melambangkan semua masyarakat, tetapi kalau (lambang) parti ni ada yang sokong parti lain, ini yang tak syok," katanya.

Tinjauan Bernama di situ mendapati Blok AH, AG, AJ dan AK yang dalam proses dicat baharu dengan warna hijau dan putih turut memaparkan bulatan berwarna putih pada bahagian teratas dinding. 

Jun lepas, akhbar rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang Buletin Mutiara melaporkan Pengerusi Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pelaksanaan kerja mengecat melibatkan 26 blok pangsapuri Taman Tun Sardon itu.

Sementara itu, penduduk empat blok berkenaan turut melahirkan kebimbangan terhadap kerja-kerja mengecat yang dilihat mengabaikan aspek keselamatan.

Wakil penduduk Mohamed Ismail Osman, 47, berkata kerangka besi bertingkat dipasang seminggu sebelum Aidilfitri tetapi proses mengecat fasa kedua taman itu hanya bermula Sabtu lepas.

"Kerangka besi itu hanya diikat menggunakan dawai halus, penyokongnya tidak kukuh. Beberapa kali besi yang panjang lebih sedepa terjatuh...mujur tidak kena orang. Di sini dekat dengan taman permainan ada ramai budak-budak.

"Penduduk juga tidak terima notis awal, mereka cakap pakai mulut saja masa nak mula kerja mengecat. Kami tak sempat nak ubah kenderaan, habis kena tempias cat," katanya kepada pemberita.

Mohamed Ismail berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) dan kesal kerana pihak kerajaan negeri yang melantik syarikat kontraktor berkenaan tidak memberi respons memuaskan ketika aduan dibuat.

Sementara itu, Pengarah Dosh Pulau Pinang Mohd Anuar Embi ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan daripada penduduk pada Jumaat lepas dan berkata pegawainya akan meninjau flat tersebut hari ini.

"Dosh akan siasat dan teliti perkara ini. Jika benar peraturan keselamatan tidak dipatuhi, kami boleh mengarahkan kerja mengecat bangunan berkenaan dihentikan untuk sementara waktu sehingga tindakan lanjut diambil," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

http://malaysian-properties-iec.blogspot.com/2014/04/lawyer-firm-that-was-cheat-to-be-watch.html

LAWYER FIRM THAT WAS A CHEAT TO BE WATCH OUT - URGED BY SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE COMMITTEES

To all Malaysians respected,

respectfully here, we wish to inform that YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) and YIP JIUN HANN job as a lawyer who runs at: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR ROAD 53, DESA JAYA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

We are all Malaysians to take notice and far from people mentioned above because do not hit plot

They are very nasty and black hearts (cruel), able to cheat women money, destroy families and himself consuming of Temple money, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, and pretend to report police lost receipts ......... please note

Thank you,
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Post a Comment