Friday, 29 August 2014

PRK Pengkalan Kubor N01 ditetapkan pada 25 September 2014

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan akan diadakan pada 25 September ini manakala hari penamaan calon pula pada 13 September ini. Ini baru saja diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff sebentar tadi.

PRK N01 diadakan berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Allahyarham menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon dari PKR dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 10, 174 undi.

No comments:

Post a Comment