Monday, 25 August 2014

PRK Pengkalan Kubor: SPR adakan mesyuarat khas Jumaat ini #Tukar



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya DUN N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan.

Kekosongan itu berikutan kematian penyandangnya, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu.

"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor pada 29 Ogos, pukul 9 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu nanti serta persiapan lain yang diperlukan.

Mesyuarat itu kemudian akan disusuli dengan sidang media oleh Abdul Aziz.

No comments:

Post a Comment