Wednesday, 6 August 2014

Surat Pembaca: Krisis Penukaran MB #Selangor,Di Mana Telur PAS? @nikabdulaziz @Khalid_Ibrahim @putraREFORMASI


Berikut merupakan surat pembaca JK mengenai peranan PAS dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor:

Sebagai penduduk Selangor, saya amat terkejut dengan kenyataan rasmi dari Presiden PAS sendiri, Hadi Awang yang sangat lemah sehingga bersetuju dengan segala tindak tanduk dari PKR dan DAP biarpun ianya bertentangan dengan prinsip parti dan agama. Apa sudah jadi dengan PAS sehingga meletakkan darjatnya lagi rendah daripada alas kaki?

Satu yang saya perasan, PAS mula hilang taring semenjak lambakan dari kumpulan erdogan yang kononnya bijak ilmu (belajar tinggi-tinggi pun atas tajaan kerajaan!). Mereka ini selalu sahaja bersekongkol dengan pemimpin DAP, dan seringkali dijadikan water boy DAP untuk menghalalkan sebarang tindak tanduk parti tersebut.

Jika dahulu kumpulan erdogan ini memberi nafas baru kepada ulamak-ulamak dalam PAS kerana ada yang lulusan sains nuklear, peguam dan sebagainya, kini golongan ini dilihat menjadi liabiliti kepada PAS terutamanya dalam kes-kes sensitif seperti penggunaan kalimah Allah dan rampasan Bible.

Apabila whatsapp kontroversi keluar berkenaan niat PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat, pemimpin DAP seperti Tony Pua sanggup memaki dan mencerca PAS sehingga maruahnya tercalar. Apabila ada kafir harbi memaki kita, sudah tentu kita akan mempertahankan diri kita, bukan? Namun, apa yang dilakukan oleh Dr Zuhri untuk mempertahankan diri beliau dan parti beliau? Dengan mengungkit peranan beliau dalam membela DAP dan orang-orang Kristian dalam kes penggunaan kalimah suci Allah! Di saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa hinanya PAS di mata DAP dan PKR. Padahal jikalau diikutkan PAS lah penyumbang undi terbesar dalam memastikan PR memenangi kerusi PRU.

Dan kini apabila Anwar Ibrahim sesuka hati mengamalkan nepotisme dan kronisme dengan berkeras mahu melantik isteri beliau menggantikan Khalid, PAS yang ternyata mempunyai kerusi DUN yang lebih banyak tidak mampu membantah malah kuasa veto juga tiada pada PAS. Walaupun saya pasti PAS sedia maklum Khalid Ibrahim tiada melakukan apa-apa kesalahan di Selangor malah dilihat sebagai bersih seiring dengan ajaran Islam yang didokong PAS, pemimpin mereka diam membisu, malah mereka menyetujui pula tindakan gila kuasa Anwar Ibrahim!

Tolonglah PAS, tolonglah tegas sedikit, kenapa dengan UMNO mereka kutuk bermati-matian, menggelar UMNO kafir dan sanggup menganjurkan solat hajat dan doa KO UMNO tapi dengan PKR dan DAP yang kafir lagi mengamalkan kronisme dan nepotisme PAS sanggup bersubahat dan berdiam diri? Tolonglah jangan jadi pak turut.

Dengan ketiadaan telur PAS ini saya sungguh bersyukur Pakatan Rakyat tidak menang pada PRU13 yang lepas. Saya pasti PAS akan hanya dijadikan budak suruhan dan tukang cacai kepada DAP dan PKR. Sesungguhnya perancangan Allah SWT itulah yang terbaik. Semoga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya.

Amin.

No comments:

Post a Comment