Wednesday, 13 August 2014

Tahniah! #PAS Buktikan Mereka Lebih Hormat Khalid Dari Anwar Hari Ini @Khalid_Ibrahim @nikabdulaziz @anwaribrahim



Semalam... Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meminta empat Exco Pas supaya memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dikatakan akan berlangsung esok.

Langkah itu, kata Anwar, bagi membuktikan kesetiaan Pas bersama PR.

"Jika Pas setia bersama pakatan pembangkang, mereka harus menunjukkan sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco pagi esok,” katanya pada sidang media tergempar di Ibu Pejabat PKR di sini berikutan keputusan drastik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat kesemua exco dari PKR dan DAP.

Keputusan tersebut dibuat selepas Abdul Khalid mendapati kesemua enam anggota Majlis Mesyuarat Negeri itu bertindak mewujudkan blok yang didakwa boleh mengganggu kelicinan pengurusan pentadbirannya.

Empat Exco Pas itu ialah Ir Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Halimah Ali dan Salehen Muhyi. 

Tapi.. hari ini.. meskipun telah diminta membuktikan kesetiaannya bersama PR, PAS membuktikan mereka lebih menghormati Khalid dari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri..


EMPAT Exco Pas muncul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pukul 9.30 pagi ini, sekali gus menunjukkan keengganan mereka memenuhi permintaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memboikot mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
Mereka ialah Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (ADU Chempaka) Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak); Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali (ADUN Selat Klang); dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus (Adun Sijangkang). 
Mereka hadir mulai pukul 9.30 pagi lagi sebagai isyarat jelas berdiri teguh bersama Abdul Khalid bagi mengekalkan pentadbiran ADUN Pelabuhan Klang itu setelah memenuhi syarat minimum Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang memerlukan empat Exco untuk mentadbir kerajaan negeri. 
Abdul Khalid yang dipecat Lembaga Disiplin PKR pada 9 Ogos lalu turut hadir untuk mempengerusikan mesyuarat penting itu selepas beliau diperkenan Tuanku Sultan Selangor selepas menjelaskan memiliki sokongan majoriti ADUN Isnin lepas. 
Exco Pas Sallehin Mukhyi ketika ditemui berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan membangunkan negeri Selangor merupakan kepentingam daripada soal melayan karenah politik. 
"Soal MB khalid tidak wujud di sini, tetapi kita akan berkerjsama untuk menbangunakan negeri Selangor adalah penting. 
"Kita akan bekerjasama sehingga keputusan baru dibuat iaitu pada 17 ogos. Saya tak terima kalau bekerjsama dengan UMNO. 
"UMNO tak ada ada dalam kerajaan. UMNO adalah pembangkang, Kalau UMNO ada, Pas akan keluar," katanya ~ LaporMalaysiaGazette


Terbukti mereka lebih setia kepada Khalid dari Pakatan rupanya...

No comments:

Post a Comment