Tuesday, 9 September 2014

AIR MATA WAN AZIZAH Dipaksa Untuk Mengalir Lagi, Demi Meraih Simpati!


Wan Azizah sememangnya pelakon yang hebat, malah sesetengah pihak menganggap lakonannya jauh lebih hebat berbanding suaminya, Anwar Ibrahim The Great. Berbanding suaminya, Wan Azizah kerap dilihat sebagai seorang wanita yang tabah, isteri yang setia kepada suami, ibu yang baik kepada anak-anak, Presiden parti yang bersikap keibuan dan individu yang sangat lemah-lembut, baik budi dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Hakikatnya, Wan Azizah hanyalah berlakon dan mereka yang pernah bekerja rapat dengannya, amat tahu siapa sebenarnya Wan Azizah yang sama sekali berbeza dengan tanggapan popular.

Wan Azizah sememangnya dari zaman persekolahannya adalah seorang yang mahu menjadi tumpuan perhatian. Dia jatuh cinta dan sanggup kahwin lari dengan Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim cukup popular di kalangan pelajar sebagai pencetus idea pemberontakan. Wan Azizah mahu terkenal kerana menjadi orang di belakang Anwar Ibrahim.

Begitu juga sewaktu di dalam Kabinet. Siapa yang tidak tahu tentang Wan Azizah dan perangainya yang bijak ditutup daripada orang awam.

Semalam, Wan Azizah tunjukkan lagi bakal lakonannya. Dengan air mata, dengan surat yang dikarang dengan bantuan suaminya, Wan Azizah cuba meraih simpati apabila kelemahan dan ketidakupayaannya didedahkan oleh Hadi Awang.

Para penyokong Pakatan Rakyat menganggap, tindakan Hadi Awang sebagai mendatangkan aib kepada Wan Azizah, tetapi dari segi Islam, Hadi Awang telah melakukan yang betul kerana mendedahkan aib Wan Azizah yang tidak boleh menjadi pemimpin.

Wan Azizah menyatakan dia terguris dengan kenyataan Hadi Awang. Lantas air matanya ditunjukkan kepada para penyokongnya. Seperti biasa, setiap kali Wan Azizah mengalirkan air mata, para penyokongnya akan histeria dan menyalahkan sesiapa sahaja yang dianggap bersalah kerana membuatkan Wan Azizah menangis.

No comments:

Post a Comment