Wednesday, 10 September 2014

AKTIVIS KURANG AJAR TAK MENGAKU SALAH MENGHINA SULTAN DI FACEBOOK


Siapa nak mengaku 'berak tengah jalan'. Betul tak? Maka, begitu jugalah si Aktivis kurang ajar dan tidak bersopan ini, Ali Abd Jalil. Kelmarin beliau dihadapkan ke Mahkamah dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menghasut melalui laman Facebook pada Januari tahun ini. 

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi menetapkan 10 Oktober ini untuk tarikh bicara dan Ali dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 serta seorang penjamin. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada pada 21 Januari di sebuah premis di Sunway Batu Caves dengan mengeluarkan ayat yang menghasut di laman Facebook dan didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. 

Ibu-bapa si Ali Abd Jallil ini tentu merasa kesal dan malu di atas perbuatan anaknya yang kurang ajar dan sudah tentu mereka tidak membesarkan si Ali untuk menghina Sultan?. Ibu pula berkata 'bukan salah ibu mengandung'.

Inilah antara sebab-sebabnya mengapa kerajaan sedang melakukan sesuatu bagi mencegah perbuatan yang tidak bermaruah ini terutamanya anak-anak bangsa melayu yang menghina Sultan dan bangsa sendiri di dalam laman sosial seperti Facebook dan banyak lagi. 

Kerajaan bercadang untuk menapis semua permohonan baru yang ingin membuka akaun mereka di Facebook. Belum pun di laksanakan (baru cadangan) dan melenting habis. jadi, kalau tak mahu di sekat atau ditapis, janganlah keterlaluan dan hina-menghina berluas-luasa di lama Facebook ini. 

Ada kemudahan seperti ini, gunakanlah dengan cara yang 'berhemah' dan bersopan. Diharapkan kerajaan bertindak dengan lebih agresif dan kenakan hukuman yang agak berat dan denda yang tinggi. Kalau tidak mereka-mereka ini tidak serik-serik dan akan buat...dan buat lagi dan lagi.

No comments:

Post a Comment