Wednesday, 10 September 2014

Anwar Ibrahim Pohon Ampun Kepada Sultan Cara Biadap, Penuh Penipuan


Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor merupakan kenyataan paling kurang ajar pernah diucapkan oleh pemimpin Melayu moden.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (‘convention’) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,” kata Anwar.

Dengan kata lain, permintaan maaf mereka hanyalah sekadar “budi bahasa” menghormati Tuanku, bukan kerana mereka rasa bersalah ingkar titah yang meminta tiga nama calon Menteri Besar.

Tidak cukup itu, Anwar seolah-olah mengejek dan menghina Sultan Selangor apabila menyatakan kemurkaan tuanku ke atas mereka hanya kerana mereka mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS).

Apakah maksud mereka DYMM Tuanku tidak mengikut undang-undang apabila meminta tiga nama? Dalam bahagian mana UTNS menyatakan parti yang menang majoriti hanya perlu menghantar satu nama sahaja? Malah UTNS langsung tidak menyatakan keperluan parti menghantar nama kepada Sultan atau keperluan Sultan meminta nama daripada mana-mana parti.

Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.

Tiada ada langsung sebarang kenyataan menyatakan mana-mana parti yang mendapat majoriti dikehendaki menghantar nama Menteri Besar kepada Tuanku. Dan tidak ada langsung fasal yang menyatakan Tuanku mesti menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti yang menang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dengan kata lain, pencalonan nama oleh parti hanyalah adat dan dan budi bahasa yang diterima oleh Sultan Selangor. Justeru apabila sultan menitahkan agar dikemukakan tiga nama, ia adalah budi bicara Tuanku Sultan yang tidak sepatutnya dicabar.

Jika perlantikan Menteri Besar tidak mendapat sokongan Dewan, maka usul undi tidak percaya perlu dilakukan di dalam Dewan Negeri Selangor.

Membabitkan UMNO

Permohonan maaf Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak ikhlas malah penuh pembohongan dan sindiran apabila mendakwa sejak 1957 Barisan Nasional hanya menghantar satu nama sahaja tanpa menerangkan lebih lanjut.

“Najib also knows that in Umno’s history since 1957, when in Perikatan and now BN, had only ever names one state assemblyperson or parliamentarian for the chief minister, menteri besar or prime minister post.

“As PM, Najib should be honest about his party and BN’s own stand and not attack PKR for doing the same,”

Mungkin benar, mungkin bohong dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana tradisi Barisan Nasional ialah kita mengemukakan nama kepada DYMM Tuanku Sultan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada umum. Ini bermakna berlaku proses perbincangan dan mendapat perkenan sebelum ia diumumkan.

Proses ini boleh jadi lancar dan hanya satu nama sahaja dikemukakan. Malah boleh jadi juga berkali-kali sehingga tuanku berpuas hati. Masalah dengan Anwar Ibrahim ialah beliau mengumumkan terlebih dahulu calon Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Tuanku Sultan.

Kita tidak tahu berapa nama pernah dihantar kepada sultan negeri-negeri untuk pelantikan Menteri Besar. Apa yang kita tahu ialah setiap kali apabila Sultan atau Raja mahukan pertukaran Menteri Besar, BN akur dan melaksanakannya.

Ini berlaku kepada Datuk Seri Idris Jusoh pada 2008 apabila Istana Terengganu mahukan nama lain untuk calon Menteri Besar. Idris Jusoh digugurkan dari pelantikan Menteri Besar dan Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar baru atas perkenan Sultan.

Demikian juga di Perlis, apabila Raja Perlis mahukan calon Menteri Besar lain selepas 2008, maka Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari pelantikan semula sebagai Menteri Besar Perlis.

Oleh itu dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Tuanku harus mengikut kovensyen pelantikan sedia ada adalah satu pembohongan dan penipuan yang menunjukkan sikap biadap beliau.

Perangai Anwar Ibrahim memohon ampun tetapi dalam masa yang sama menyindir dan menipu seumpama kata peribahasa Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait.

1 comment:

TheMalayMale said...

Kalau dah rasa kepala tu besau dan keras sangat macam tu la; orang lain aje yang buat salah, buat silap, diri sendiri umpama maksum! Tak tau la nak dikategorikan di dalam golongan apa makhluk ni...
Rasanya sebagai makhluk yang pernah memegang tampok politik nombor dua negara, makhluk ni faham konsep Kesultanan dan Raja-Raja Melayu di Tanah Melayu ni. Sebagai rakyat jelata, secara zahiriahnya kita hanya menumpang di atas tanah kepunyaan Raja-Raya Melayu, ingat tu! Raja-Raja Melayu tuan kepada negeri-negeri jajahan mereka. Kalau Raja-Raja Melayu perkenankan sesuatu alhamdulillah, jikalau tidak buat aje la sampai Baginda berkenan. Susah sangat ke? Kalau tiada ehsan Raja-Raja Melayu mana kita rakyat jelata ni nak menumpang? Singapura?
Konsep Ketuanan Kesultanan dan Raja-Raja Melayu ke atas Tanah Melayu perlu diperkukuhkan demi masa depan bangsa....

Post a Comment