Thursday, 25 September 2014

Di Saat @dyanasmd @sepuraothman Cangkul Tanah (Tak Tanggal Plastik) Nak Buat Jamban,40 Orang Asli Sudahpun Dihantar Kerajaan Ke Luar Negara! @dapmalaysia


Empat puluh pelajar Orang Asli berjaya mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan di luar negara sejak 2010, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Hasnan Hassan.

Daripada jumlah itu, beliau berkata seramai 23 pelajar mengikuti ijazah pertama, 15 orang Sarjana dan dua lagi mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah.

"Kita harap jumlah ini akan dapat dipertingkatkan daripada tahun ke tahun. Pada 2010 kita hantar satu pelajar sahaja, empat pelajar pada 2011, tujuh pada 2012 dan masing-masing 14 pelajar pada 2013 dan 2014," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Penghantaran Kumpulan Pelajar Orang Asli ke United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Hasnan berkata pada tahun ini pelajar akan berangkat ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Indonesia secara berperingkat dan mereka mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang antaranya perubatan, sains sosial, perakaunan dan kejuruteraan.

Mereka menerima biasiswa kerajaan termasuk daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata beliau.

Hasnan berkata peluang melanjutkan pengajian ke luar negara perlu dihargai sebaik mungkin kerana ia adalah peluang untuk mereka memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris.

"Jika dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, dapat berkomunikasi dan mempunyai ijazah-ijazah yang lebih sesuai di pasaran, mereka akan dapat diserap bukan sahaja dalam sektor kerajaan tetapi juga swasta," katanya.

Sementara itu Siti Nur Asilah Isamuddin, 21, yang akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Anglia Ruskin University, begitu teruja dengan peluang itu dan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

Anak kepada pasangan guru dan pensyarah itu berkata, peluang itu menjadi bukti bahawa anak Orang Asli juga boleh berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Bagi Lai Yew Chong, 25, beliau berharap dapat membantu anak-anak Orang Asli apabila tamat pengajian kelak memandangkan masih ramai yang ketinggalan dalam bidang pendidikan.

"Saya juga ingin membalas jasa ibu bapa saya kerana hanya pendidikan yang boleh mengubah kehidupan kita," kata anak tunggal yang akan mengikuti pengajian Sarjana Sains Analisis untuk Industri di King's College, London.

No comments:

Post a Comment