Wednesday, 10 September 2014

#KekalAktaHasutan "Hukum Sultan Melayu Seperti Babi" – Wan Ji



Angkatan Muda Keadilan (AMK) dikatakan mengutuk tindakan polis yang menahan seorang pendakwah, Wan Ji Wan Hussin awal pagi tadi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan AMK berkata akan membantu memberikan khidmat kepada Wan Ji sekiranya tindakan diambil keatas beliau.

“Kami tetap komited menuntut kerajaan mendengar suara rakyat meminta akta ketinggalan zaman dan kejam ini dimansuhkan.

“Pada masa sama, kami akan membantu memberikan khidmat guaman kepada Wan Ji sekiranya dia didakwa di mahkamah,” menurut satu kenyataan dikeluarkan ahli majlis pimpinan Pemuda PKR Zafril Eusoff.

Terdapat beberapa rakaman ucapan Wan Ji yang dilihat begitu keras mengkritik dan menghina institusi Raja-Raja Melayu.

Dalam rakaman tersebut, dia berkata sedang merancang untuk menghapuskan sistem raja berperlembagaan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

“Ana punya cita-cita pada 2030, Sultan tak ada dan Malaysia dah jadi negara Republik.

“Kita dah buat perancangan ini sejak 2011, dan game (gerakan) pertama (ialah) untuk membuatkan orang berkata (menanam persepsi) Sultan itu Syaitan” katanya di dalam rakaman berdurasi 3.05 minit itu.

Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu turut menjelaskan, bagi membolehkan misinya itu berjaya dengan memastikan ada individu yang ditangkap disebabkan faktor Sultan.

Diakhir rakaman tersebut Wan ji turut berkata sistem monarki yang digunakan pada ketika ini mempunyai sedikit kebaikan namun lebih banyak mendatangkan mudarat sambil menyifatkan hukum pemerintahan Raja ini bersamaan dengan hukum babi (najis berat).

Wan Ji seorang penulis blog terkenal menggunakan nama Al-Bakistani. Tahun lalu laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan mengkritik raja-raja Melayu.

Anggota PAS itu juga terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap kumpulan proulama dalam parti Islam itu.

Dia juga pernah mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali.

Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

“Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.

“Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam,” katanya dalam satu temubual Februari lalu.

No comments:

Post a Comment