Thursday, 11 September 2014

Kertas #UPSR Bocor:Ada Agenda Untuk Sabotaj Kerajaan? @KemPendidikan @PDRMsia @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Semalam Malaysia digemparkan dengan isu kebocoran soalan kertas Sains UPSR sehingga memaksa 472,853 pelajar seluruh negara untuk menduduki peperiksaan tersebut pada 30 September 2014. Dikhabarkan, kertas peperiksaan Matematik dan Bahasa Inggeris turut bocor dan disebarkan dalam media sosial. Dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencari dalang yang telah membocorkan kertas tersebut, kita tertanya-tanya motif sebenar individu yang telah melanggar Akta Rahsia Rasmi negara.

Admin sangat musykil dengan agenda tukang bocor ini kerana modus operandi yang digunakan seolah-olah mahu sabotaj dan mencetuskan ketidakyakinan terhadap sistem dan kualiti pendidikan negara. Bayangkan, mereka dengan sengaja memuatnaik imej-imej kertas soalan di FB secara umum dan menghebahkan kepada orang ramai seolah-olah senang sangat untuk mengakses dokumen-dokumen sulit di KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau penyangak ini buat secara senyap-senyap, dan hanya berkongsi secara sulit dengan beberapa orang, logiklah juga kerana sudah tentu penyangak itu dibayar untuk memberikan beberapa orang itu kelebihan dalam menjawab.

Perkara sabotaj ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana jika kita lihat sebelum ini, banyak badan perkhidmatan awam dan juga agensi yang berkaitan dengan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga badan kehakiman yang telah disabotaj sama ada oleh individu yang bekerja dalam agensi tersebut maupun mereka yang sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti kerajaan memerintah. Kalau ada yang sengaja mahu sabotaj sistem pendidikan kita setelah mereka gagal untuk membuktikan sistem pendidikan kita teruk melalui ceramah politik, penyebaran soalan bocor kertas peperiksaan awam mungkin alternatifnya. Tapi harus diingat, jikalau sistem pendidikan nasional teruk, masakan pelajar-pelajar yang belajar di Malaysia mendapat tawaran biasiswa dan tawaran untuk belajar di luar negara kan? 

Nasihat admin pada dalang ataupun lebih sesuai dipanggil pengkhianat tu,sudah-sudahlah dengan agenda menjatuhkan kerajaan. Tindakan bodoh ini hanya merugikan diri sendiri dan juga hampir setengah juta pelajar yang sudah penat menelaah untuk menduduki UPSR. Itu belum dikira dosa dengan Allah kerana tidak amanah dalam menjalankan tugas. Buat PDRM, kami pohon siasatan yang rapi supaya mereka ini ditangkap dan disabitkan dengan hukuman yang setimpal kerana menyusahkan orang ramai. 


No comments:

Post a Comment