Tuesday, 21 October 2014

Jasa Tun Sambanthan Dikenang @kalaivanar @PKamalanathan @NajibRazak #Deepavali #Malaysia



Selepas tiga dekad pemergian tokoh negarawan ini, jasa-jasabeliau diangkat melalui satu pementasan teater. Apakah pandangan isteri, Toh Puan Umasundari dan anak mendiang, Deva Kunjari?

HUBUNGAN rapat antara Sambanthandan Tunku Abdul 
Rahman dapat dilihat dari segi makanan kegemaran
Perdana Menteri pertama negara yang terdiri daripada 
masakan IndiaSelatan seperti nasi daun pisang, makanan 
berempah dan lain-lain.

PERKONGSIAN hidup Toh Puan Umasundari Sambanthan, 79, dengan Tun V. T. Sambanthan berlangsung hanya selama 23 tahun.

Ini kerana pada usia 59 tahun dan 11 bulan, Sambanthan menghembuskannafas terakhir pada 18 Mei 1979. Sudah hampir tiga dekad berlalu,segala kenangan manis dan pengorbanan yang dilakukan oleh suaminyamasih terpahat dalam hati Uma bagaikan baru semalam waktu berlalu.

Di hati wanita yang berjiwa kental ini, Sambanthan adalah seoranginsan yang sukar dicari ganti. Begitupun, Uma yakin sumbanganSambanthan kepada rakyat jelata, masih kurang diketahui kalangan wargamuda.

"Ramai golongan remaja tidak tahu tentang tokoh negarawan ini yangturut bersama-sama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memerdekakantanah air. Malah beliau membawa banyak pembaharuan dalam parti pimpinan(MIC), selain mengubah nasib masyarakat India di kawasan ladang"

"Beliau bukan sahaja berjuang untuk kaum India. Ini kerana beliausentiasa mengutamakan kesejahteraan negara secara menyeluruh. Negaraini seakan-akan keluarganya sendiri," ujar Uma yang menyatakan walaupunjurang perbezaan umur antara mereka berdua agak luas iaitu 10 tahun,namun Sambanthan sentiasa 'memimpinnya'.

"Biasanya suami akan memaksa isteri untuk mengikut cara merekatetapi beliau sebaliknya. Sambanthan memberi ruang kepada saya untukmeluahkan perasaan dan berkongsi pendapat. Saya secara perlahan-lahanmempelajari prinsip dan pegangan hidupnya sebelum kami bergerak secaraberkumpulan."


SAMBANTHAN

Uma yang mempunyai latar belakang dalam bidang kimia dari Universiti Madras, India, mengakui menghadapi masalah menemani suami ke mesyuarat dan bersemuka dengan orang awam yang berpusu-pusu mengunjunginya. Daripada seorang pegawai kimia yang terperuk di makmal (pernah berkhidmat sebagai guru di Singapura), Uma perlahan-lahan berasa selesa menerima pelawat di rumah.

"Dengan ketiadaan suami yang seringkali sibuk di Kabinet, sayamendengar keluhan mereka dan cuba membantu meleraikan masalah. Tetapisebelum itu semua, saya akan memasak dan pastikan mereka balik denganperut yang kenyang," kata Uma dengan penuh semangat. Beliau jugamenggalakkan pembabitan wanita di peringkat tinggi.

Sambanthan dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada tahun 1919 danmempunyai tiga orang adik-beradik iaitu V.M Sundram, V. Krishnan dan V.Saraswathy. Sambanthan mendapat pendidikan formal di Sekolah Tinggi Clifford, Kuala Kangsar, Perak sebelum melanjutkan pelajaran dalambidang ekonomi di Universiti Annamalai, India.

Semasa berada di luar negara, Sambanthan telah menunjukkan minatyang mendalam terhadap bidang politik. Beliau mengikuti secara dekatperkembangan Pergerakan India Kebangsaan yang ketika itu berjuang untukmembebaskan negara India daripada jajahan British. Tidak hairanlah jugaapabila beliau menyertai sayap pemuda Kongres Kebangsaan India dinegara itu.

Sekembali ke tanah air dan selepas kematian bapanya pada tahun 1942,Sambanthan mengambil alih tugas pengurusan perniagaan keluarganya dalambidang penerokaan ladang getah. Peluang ini digunakan dengan sebaikmungkin untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan penduduksetempat. Kemudahan sekolah dan keperluan lain disediakan bagimeningkatkan tahap hidup masyarakat yang masih ketinggalan.

Sekolah Tamil Mahatma Gandhi yang dibuka secara rasmi pada tahun1954 di Sungai Siput, memperkasakan usahanya membantu meningkatkan mutupendidikan kanak-kanak estet. Melihat ketulusan hati dan keikhlasanyang ditunjukkannya, dengan serta-merta Sambanthan dilantik sebagaiLembaga Kaunselor Jabatan Pendidikan Negeri Perak.


SAMBANTHAN berjuang untuk kesejahteraan negara secara menyeluruh.

Pada tahun yang sama juga, beliau dipilih sebagai majlis perundangan(ahli Parlimen) di kawasan Kinta Utara yang kemudiannya ditukar kepadakerusi Sungai Siput pada tahun 1959. Sebelum Sambanthan dilantiksebagai Presiden parti MIC atau Kongres India Malaysia pada 1955, MICrata-ratanya mendapat sokongan daripada kumpulan elit India.

Sebaliknya, majoriti daripada penduduk India di Tanah Melayu ketikaitu ialah kelas bawahan yang tidak menyertai parti memandangkan nasibdan masa depan mereka tidak dipedulikan.
Namun, selepas beberapa pusingan perbincangan dan perundingan,akhirnya Sambanthan dilantik sebagai presiden parti yang ke-5 daritahun 1955 hingga 1973. Pelantikannya juga menarik lebih ramaipenyertaan.

"Tunku dan Sambanthan mempunyai hubungan yang rapat sejak awal lagi.Malah, kedua-duanya berusaha untuk mewujudkan sebuah negara berbilangbangsa yang harmoni," jelas Uma yang masih tidak melupakan hari yangpaling bersejarah dalam hidupnya iaitu pengisytiharan kemerdekaannegara pada 31 Ogos 1957.

Ketika berusia 27 tahun, Uma masih lagi teringatkan dirinyamengenakan sehelai sari berwarna putih dengan calitan warna merah padapenghujung kain. Sari ini juga begitu bermakna kerana ia adalah hadiahpemberian suaminya pada hari pertunangan.


RAMAI golongan remaja tidak tahu tentang tokoh negarawan ini yang turut bersama-sama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memerdekakan tanah air.



"Saat itu cukup simbolik;satu permulaan kepada kebebasan daripada rejim kolonial, kebebasan berfikir dan kebebasan untuk memimpin negarakita sendiri," ujarnya yang berdiri di belakang Perdana Menteri TunkuAbdul Rahman bersama suami.

Uma dan suaminya juga tidak banyak bercakap kerana diselubungi rasa sebak melihat bendera Union Jack diturunkan dan bendera PersekutuanTanah Melayu dikibar.

Atas dasar kepercayaan dan kebolehan, Tunku Abdul Rahman memberi portfolio penting kepada Sambanthan untuk menyandang jawatan pentingdalam Kabinet.

Antaranya ialah Menteri Buruh (1955-1957), Menteri Kesihatan (1957-1959) dan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi (1959-1971) dan akhirnya Menteri Perpaduan Kebangsaan (1972-1974).

Sambanthan juga menguatkan tahap ekonomi parti dengan menjual sebahagian daripada estet bapanya seluas 2.4 kilometer persegi disamping menyediakan perkhidmatan kewangan.

TOH PUAN UMASUNDARI menunjukkan 
gambar kenangan suaminya

Salah satu sumbangan beliau yang terbesar ialah penubuhan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan (NLFCS) yang diasaskan bersamadengan K.R Somasundram pada tahun 1960. Menerusi NLFCS, buruh-buruhIndia di ladang getah diminta menyumbang sekurang-kurangnya RM10 untuk kebaikan masa depan. Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim,Kedah.

Semasa Sambanthan meninggal dunia, NLFCS memiliki 18 buah estetdengan keluasan 120 kilometer persegi dan 85,000 ahli. Hari ini,koperasi itu mempunyai 19 estet dengan keluasan 142 kilometer persegi dan melabur dalam sektor perladangan kelapa sawit, hartanah danperbankan. NLFCS juga adalah koperasi yang terbesar di Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment