Friday, 3 October 2014

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

Rakyat Islam Malaysia disunatkan berpuasa Hari Arafah pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014 bersamaan 9 Zulhijjah 1435H walaupun hari Wukuf di Arab Saudi adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014. Begitu juga Hari Raya Aidil Adha perlu disambut di Malaysia pada hari Ahad, 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H walaupun hari raya tersebut disambut di Arab Saudi pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014.

Perbezaan ini adalah kerana Islam meraikan perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla') di setiap negara. Perbezaan tempat dan waktu terbit ini akan menatijahkan perbezaan waktu dan hari. Malaysia mempunyai tempat terbit matahari dan bulan yang berbeza dengan Arab Saudi. Jika tarikh di Malaysia sama dengan Arab Saudi sekali pun, perbezaan waktu tetap berlaku. Usaha untuk menyamakan hari puasa sunat Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di seluruh dunia adalah umpama ingin menyamakan waktu solat di setiap negara.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

No comments:

Post a Comment