Wednesday, 12 November 2014

Akhirnya Pakatan Rakyat Akui Susah Laksanakan Pendidikan Percuma @fahmizainol_ @adamadli @niknazmi @sepuraothman #unisel




Akhirnya Pakatan Rakyat mengakui bukan senang untuk menyediakan pendidikan percuma seperti yang dilaung-laungkan beberapa pemimpin mereka sebelum ini.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan bukan mudah untuk Pakatan melaksanakan skim pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan mereka di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Ujarnya banyak kekangan yang dihadapi dari Pakatan termasuklah segi pendapatan keseluruhan Selangor yang didakwanya masih rendah.


"Hendak beri pendidikan percuma secara menyeluruh, ia di luar bidang kuasa kita. Sebabnya jika dilihat hasil pendapatan negara kita sekitar RM200 bilion. Manakala hasil Selangor sekitar RM2 bilion.

"Memandangkan ini bidang kuasa kerajaan pusat, maka kerajaan negeri tidak mampu beri pendidikan percuma kepada Unisel berdasarkan implikasi kewangan. Apa yang kita boleh lakukan adalah kaji struktur yuran dan perbanyakkan tabung biasiswa," ujarnya.

Nik Nazmi berkata demikian di dalam satu program 'Universiti atau Penjara? Diskusi Kebebasan Media' yang bertempat di Bangunan Informasi Strategik dan Kajian Pembangunan (SIRD) di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila seorang peserta program itu bertanyakan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menjadikan Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai 'role model' terhadap skim pendidikan percuma sebelum dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Nampaknya tuduhan Pakatan pembangkang selama ini kononnya kerajaan Barisan Nasional zalim, menindas dan menipu rakyat apabila enggan memberikan pendidikan percuma akhirnya terkena pada batang hidung mereka sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh penyokong Pakatan Rakyat tertipu lagi dengan janji manis mereka.

Sudah terlalu lama isu ini diperguna pembangkang untuk menaikkan suhu kemerahan rakyat pada kerajaan BN.



Agaknya Nik Nazmi lupa, Selangor adalah negeri terkaya di negara ini. Jumlah pelaburan yang diterimanya seringkali diuar-uarkan sebagai tertinggi. Malah, rizab terkumpul di Selangor mencecah bilion ringgit.

Mana mungkin Selangor tidak ada dana yang mencukupi untuk memberikan pendidikan percuma menerusi satu-satunya institusi pengajian tinggi mereka, Universiti Industri Selangor (Unisel).

1 comment:

Anonymous said...

Mereka tahu rakyat tak pandai mengira maka mereka tipu habis. siapa yang bodoh tolong jawab?

Post a Comment