Wednesday, 5 November 2014

DAP, PKR: TOLONG JAGA TEPI KAIN SENDIRI #DAP #PKR #anwaribrahim #kalimahAllah #limguaneng #karpalsingh


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memberi penerangan jelas berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam di Malaysia. Penjelasan yang tuntas dan mendalam menerangkan faktor utama golongan bukan Islam tidak dibernarkan menggunakan kalimah Allah. Pada satu masa, isu ini menimbulkan persepsi dan keadaan yang tidak sihat diantara orang Islam dan bukan Islam Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Perkara ini semakin kompleks dan rumit apabila dua komponen parti pembangkang iaitu DAP dan PKR campur tangan dalam isu ini sebagai kononnya menunjukkan sokongan kepada masyarakat beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. Secara terang dan jelas, rakyat Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam sebenarnya tidak memerlukan sokongan bagi melindungi kepentingan mereka namun hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa terpelihara. Ketiga-tiga kenyataan di bawah jelas merujuk kepada perkara tersebut:

“Pertamanya, di bawah sepuluh solusi Kerajaan Persekutuan, penduduk bukan Islam di Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk menggunakan nama “Allah”. Keduanya, Sabah dan Sarawak mempunyai 18/20 persetujuan ketika menyertai penubuhan Malaysia. NAMUN BEGITU, PADA POIN 1 PERSETUJUAN TERSEBUT ADA MENYEBUT SECARA JELAS SEKIRANYA TIDAK ADA SEBARANG BANTAHAN UNTUK ISLAM DIANGKAT SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA, TIDAK ADA AGAMA RASMI LAIN AKAN BERADA DI BORNEO UTARA, DAN SEBARANG PENETAPAN BERKAITAN DENGAN ISLAM DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYA TIDAK AKAN DIAPLIKASIKAN DI BORNEO UTARA. Ketiganya, terdapat perintah mahkamah di Malaysia yang telah dikuatkuasakan bahawa orang bukan Islam di Malaysia (terutamanya di semenanjung Malaysia) tidak boleh menggunakan nama "Allah."

Walaubagaimanapun pernyataan diatas boleh disanggah SEKIRANYA DAP dan PKR sanggup bersetuju dan melaksanakan terma-terma seperti berikut:

a)   Memohon parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS untuk bersetuju dengan menulis bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan "Allah" di semenanjung Malaysia. Ini kerana PAS bertegas dengan pendirian mereka bahawa agama lain seharusnya menghormati kedudukan agama Islam yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS selepas Majlis Syura diadakan berkenaan isu ini. Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-muktamad-1.124545

b)    DAP dan PKR menggunakan kelebihan majoriti dua per tiga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor untuk menghapuskan undang-undang negeri yang melarang penggunaan nama "Allah" di kedua-dua negeri tersebut. Undang-undang tersebut ialah Selangor Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988 dan Penang Islamic Religious Administration Enactment 2004 di mana pihak Mufti Pulau Pinang mengeluarkan keputusan melarang bukan Islam menggunakan lebih kurang 40 perkataan iaitu "SOLAT", "Surau", "Masjid", "Allah", "Firman Allah", "Ulama", "Hadith", "Ibadah", "Kaabah", "Qadhi'", "Illahi", "Wahyu", "Mubaligh", "Syariah", "Qiblat", "Haji", "Mufti", "Rasul", "Iman", "Dakwah", "Wali", "Fatwa", "Imam", "Nabi", "Sheikh", "Khutbah", "Tabligh", "Akhirat", "Azan", "Al Quran", "As Sunnah", "Auliya'", "Karamah", "Syahadah", "Baitullah", "Musolla", "Zakat Fitrah", "Hajjah", "Taqwa" and "Soleh" di dalam penulisan mereka dan diterbitkan pada 2010 State Gazette dan mula dikuatkuasakan pada 29 April 2010. Sumber: http://www2.nst.com.my/nation/general/penang-mufti-outlaws-40-words-to-non-muslims-1.459685

Seperti kebiasaannya, Lim Guan Eng mengambil langkah berdiam diri dalam berhadapan kenyataan yang terkena batang hidung sendiri ini. Bahkan mendiang Karpal Singh turut menyuarakan pendapat serupa kepada beliau untuk melaksanakan perkara tersebut. Kemudiannya, Anwar Ibrahim mengalihkan perhatian masyarakat dengan memberi kenyataan bahawa enakmen tersebut termasuklah penggunaan kalimah "Allah" bukanlah satu masalah.

Namun begitu, sekiranya Mahkamah Persekutuan bertindak menarik balik pengharaman tersebut, undang-undang negeri termaktub tetap melarang penggunaan tersebut terutamanya di negeri-negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Perlu diingatkan agar DAP dan PKR untuk menjaga ketiga-tiga negeri yang ditadbirnya sebelum menjaga tepi kain negeri lain.

No comments:

Post a Comment