Wednesday, 26 November 2014

#PAU2014 PENDAFTARAN KEAHLIAN UMNO SECARA ONLINE @NajibRazak @KhairyKJ @mymassa



Presiden UMNO pada hari ini telah melakukan satu lagi transformasi besar terhadap parti dengan memperkenalkan pendaftaran keahlian secara online. Ini adalah satu indikator yang mampu menjenamakan kembali UMNO sebagai parti yang mesra dengan golongan muda.

Ketua Pemuda UMNO pula, Khairy Jamaluddin memberikan sokongan padu terhadap cadangan ini dan berpendapat bahawa tindakan ini dapat menjawab segala persepsi yang menyatakan bahawa parti yang berusia 68 tahun ini tidak mampu untuk berubah.

Perubahan ini akan manpu mengurangkan masa pemprosesan dan memendekkan tempoh birokrasi di dalam parti. Isu seperti kehilangan borang, salah isi borang dan lain-lain dapat diselesaikan dengan pengenalan kepada sistem online.

Kita juga melihat bahawa satu pendekatan yang mesra golongan muda sedang dilakukan di semua peringkat, bukan sahaja tertakhluk kepada keahlian tetapi juga kepada kepimpinan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO pula, Jamawi Jaafar apabila ditemui selepas taklimat tertutup tersebut turut menyatakan bahawa cadangan pendaftaran online ini pernah dibangkitkan kira-kira tiga tahun yang lepas, namun terdapat tentangan daripada ketua bahagian yang dikatakan sebagai “old-school”.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata bahawa presiden parti telahpun mencipta peluang untuk Puteri dan juga Pemuda untuk rekrut keahlian baharu di dalam parti. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya malahan strategi untuk menggalakkan pendaftaran secara online perlu difikirkan dengan segera.

Reaksi daripada orang ramai yang kami peroleh dari Facebook dan juga Twitter, rata-rata bersetuju dengan pendekatan pendaftaran yang baharu ini. Ramai yang ingin menjadi ahli UMNO tetapi kadangkala tidak tahu cara untuk mendaftar dan ada juga keahliannya tidak dipersetujui oleh sesetengah ketua bahagian. Ramai juga yang memberikan respon bahawa mereka tidak berminat untuk mendaftar sekiranya terpaksa ke pejabat UMNO.

Kaedah pendaftaran online ini dapat menyelesaikan banyak masalah dan mampu untuk menarik lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda untuk mendaftar menjadi ahli UMNO.

No comments:

Post a Comment