Tuesday, 18 November 2014

Selepas PPS Diharamkan, Muncul Pula PPPM Menyerupai @PDRMsia @KBAB51





Anggota MPV dari Balai Polis Damansara telah menahan sebuah kereta saloon putih pada jam 4:16 sehingga 4:23 petang tadi ketika sedang membuat rondaan di pekan Seksyen 17, di Jalan 17/44 Petaling Jaya. Kereta Wira Saloon berwarna putih itu menyerupai MPV polis. 

Anggota polis tersebut kemudiannya memeriksa dua orang lelaki Cina di dalam kereta 'peronda' tersebut. Semakan kad pengenalan dan kenderaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut dan kereta berkenaan bukanlah anggota serta kenderaan polis, sebaliknya didaftarkan atas nama BRIGED PPM Ibu Pejabat Damansara Utama.

Nampaknya selepas apa yang berlaku kepada PPS, 'sindiket' dan 'konco' telah mengubah sedikit modus operandi mereka tetapi masih mengekalkan kedegilan serta cubaan mereka untuk mengancam keselamatan negara dengan cara menyamar atau cuba menyerupai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Terdapat undang-undang yang tidak membenarkan penyerupaan pangkat atau seragam pasukan polis. Namun nampaknya, keinginan untuk mewujudkan negara 'Cina' mengatasi segala-galanya apabila golongan yang enggan sama sekali menyertai PDRM, mahu mewujudkan sebuah polis khas Cina yang mempunyai kuasa PDRM.






Menariknya, mereka kali ini bijak berselindung di sebalik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atas nama Pasukan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPM). Sedangkan matlamat mereka cukup mudah, sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng untuk melindungi kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan sindiket jenayah.

Apa pula tindakan pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam kes ini?


Sumber

2 comments:

amuktokjulap75 said...

takleh nak bayangkan la bila dap jadi pm nanti jadi lagu mana..baru la kita semua nyanyi lagu shidee..'sayang semuanya padan muka hangpa'

Anonymous said...

xpayah memandai nak samakan pppm ngan pps.....ngo pengguna ni bukan ramai cina je,..melayu india pon ada....jadi jangan nak dap sgtkan kami....anda tau ke kami skong parti politik mana?? ngo pengguna ini bebas dari mana2 parti politik....sebab buat kat negeri bawah dap, semua ingat ni dap....mentaliti kelas keberapa la depa nie........

Post a Comment