Thursday, 4 December 2014

Abby Abadi Kata Dr Mashitah Jangan Jual Agama, Kamu Pula Jual Apa Kalau Berceramah Agama Tanpa Kelayakan?


Masih tidak reda lagi kemarahan 'Ustazah Mee Segera' Abby Abadi dengan kenyataan Dato Dr Mashitah Ibrahim sewaktu berucap mewakili Wanita Kedah dalam Perhimpunan Agong UMNO 2014, tempoh hari. Semalam beliau ketika ditemubual oleh portal Harakahdaily mengesa Dr Mashitah agar tidak menjual Agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'Ustaz Ekspres, Ustazah Jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dalam PAS.

Ustazah Mee Segera ini cakap langsung tidak pandang diri sendiri di dalam cermin. Kalau Dr Mashitah dikatakan menjual Agama, kamu itu menjual apa pulak Arbaiyah??? Di mana kamu belajar dan apa kelulusan kamu? Pondok mana Abby Abadi mendalami Agama, dengan ulamak mana atau dengan ahli ugama mana kamu mendalami Agama atau universiti mana kamu memperolehi kelulusan Agama sehingga layak diberi pengiktirafan Ustazah??? Apa yang aku tahu kamu lelaki sendiripun tak tahu nak jaga. Sudah dua suami meninggalkan kamu bukan???

Dr Mashitah tidak pernah mempertikaikan artis yang berhijrah ke arah kebaikan. Apa yang beliau nasihatkan adalah jangalah sehari dua memakai lebai dan tudung, sudah mahu mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan. Baru tahu satu dua perkataan Arab sudah mahu mengatakan orang lain salah dan tidak betul. Sekurang-kurangnya Dr Mashitah bercakap dengan ilmu.

Dr Mashitah bercakap kerana beliau pernah belajar di Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah, kemudian di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah, Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dan Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Sekali lagi nak tanya, Arbaiyah belajar di mana?

No comments:

Post a Comment