Tuesday, 30 December 2014

#Pray4PantaiTimur MKN Bidas Tony Pua & The Malaysian Insider @tonypua @tm_insider @NajibRazak @PDRMsia @1MinDef


Ini adalah respon dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada tuduhan tidak berasas Tony Pua dan mereka yang telah menghantar artikel serta komen kepada portal mesra pembangkang The Malaysian Insider. Artikel ini telah diolah dan diterjemah kepada Bahasa Malaysia untuk tatapan umum.  

Majlis Keselamatan Negara memandang serius tuduhan melulu yang telah dibuat oleh beberapa individu di media sosial serta portal-portal,terutamanya yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider berkenaan pengurusan bencana banjir yang sedang dialami negara sekarang. Artikel dan komen serta pendapat yang diterbitkan semuanya bermotifkan politik, antaranya menuduh kerajaan gagal menguruskan banjir sedangkan semua sudah ambil maklum ianya adalah 'acara tahunan' negara. Artikel dan komen daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini secara jelas membuktikan betapa mereka kurang arif dalam sistem dan pengurusan bencana, terutamanya pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. 

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dalam artikel beliau yang bertarikh 26 Disember 2014 telah menuduh secara melulu bahawa Dato Seri Najib Razak perlu membelasah kabinet dan Majlis Keselamatan Negara sehinggalah banjir selesai. Namun, Tony Pua hanya boleh merungut dan bercakap tanpa memberi sumbangan yang konstruktif untuk menambahbaik sistem pengurusan yang sedia ada. Umum diketahui apabila kita berdepan dengan bencana alam, mana-mana negara hatta negara maju sekalipun tentu akan berhadapan dengan cabaran dan kesukaran untuk menguruskan bala bencana tersebut.Masihkan anda ingat dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun pada 2011?Kawasan Tohuku yang dilanda tsunami tersebut mengalami kerosakan dahsyat bukan hanya pada penempatan rakyat,malah reaktor nuklear juga mengalami kebocoran sehingga mengakibatkan ancaman serius terhadap rakyat dan alam sekitar.Rakyat di Jepun tidak mengeluh dan berpeluk tubuh sambil memetik keyboard komputer untuk mengutuk dan merungut, sebaliknya mereka berusaha bersama-sama untuk memperbetulkan keadaan untuk kemaslahatan bersama.Perlu dinyatakan juga bahawa sebelum berlakunya tsunami 2011, kerajaan Jepun telah membelanjakan jutaan yen untuk menyediakan sistem yang sofistikated bagi menangani gempa bumi dan tsunami namun yang membadai Jepun bukanlah bencana yang biasa,pihak geologi menyatakan tsunami 2011 adalah bencana yang sangat jarang berlaku, dikirakan 1 dalam setiap 1000 tahun.

Berbalik kepada Malaysia, apabila sesuatu bala bencana menyebabkan kesukaran kepada sistem pengurusan banjir, amatlah mudah bagi sesetengah pihak untuk menuduh dan menuding jari kepada pihak kerajaan khususnya sambil membuat rumusan bahawa kerajaan telah gagal. Yang rajin menuding jari pula adalah dari golongan yang tidak pernah terlibat malah tiada pengetahuan langsung berkenaan sistem pengurusan banjir.Perlu diingat bahawa bencana banjir yang melanda Pantai Timur tahun ini adalah banjir luar biasa yang terburuk dalam sejarah kerana kawasan yang pada kebiasaannya tidak dilanda banjir turut menerima hujan lebat pada kadar 1000 mm dari 11 hingga 25 Disember 2014, berbanding kadar kebiasaan 500-600 mm. Ini turut diburukkan dengan fenomena air pasang yang turut melanda.

Keadaan ini menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk menjalankan operasi dengan berkesan,lantas melewatkan sesetengah operasi untuk mencari dan menyelamat.Akses untuk ke beberapa tempat gagal dimasuki oleh jalan air dan juga darat malah angin kencang melambatkan pasukan udara untuk misi menyelamat. Daerah Kuala Krai dan Gua Musang merupakan dua daerah yang paling teruk dilanda bah sehinggakan semua penduduk di sana terjejas dan menjadi mangsa banjir.Bangunan yang digazet sebagai pusat pemindahan mangsa banjir di  daerah tersenut juga tenggelam.Bukan itu sahaja, komunikasi di sekitar kawasan turut terjejas hingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk berhubung dan menyelamat mangsa-mangsa yang tidak menyangka air akan naik dengan cepat dan deras.Ramai yang terpaksa berlindung di kawasan tanah tinggi berbukit apabila air semakin naik. Walaupun bilangan mangsa yang direkodkan tidak setinggi pada tahun 2010 iaitu seramai 231,377,banjir pada tahun ini dikategorikan sebagai yang terburuk melanda Pantai Timur kerana terdapat mangsa yang bukan hanya di pusat pemindahan,malah ada yang terkandas di kawasan tanah tinggi berbukit. 

Artikel yang ditulis Tony Pua boleh dikenakan tindakan saman kerana beliau menuduh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya bermesyuarat pada 27 Disember 2014 selepas banjir terjadi walhal tanpa pengetahuan dan peduli beliau, kerajaan sebenarnya telahpun mula bermesyuarat berkenaan operasi pengurusan banjir pada 3 Januari 2014 lagi dan turut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri. Mungkin Tony Pua tidak tahu bahawa selepas mesyuarat pertama, terdapat beberapa siri mesyuarat lain yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim pada 13 Oktober 2014 diikuti dengan mesyuarat penyelarasan oleh Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab pada hari yang sama. Malah sebelum mesyuarat tersebut dijalankan, Jawatankuasa Bencana Daerah dan Negeri turut sama bermesyuarat berkenaan Tatacara Pengendalian Piawai ini atau SOP bencana. Bukan itu sahaja,MKN turut bekerjasama dengan NGO-NGO dan pakar serta ahli akademik bagi memastikan SOP tersebut realistik dan menepati keadaan.Dari segi aset pula, Khazanah Nasional Berhad melalui program CSR telah dapat meningkatkan jumlah bot,jaket keselamatan untuk kanak-kanak serta set generator yang telahpun ditempatkan di kawasan berisiko tinggi.

Dalam erti kata lain, semua yang terlibat telah berjumpa, bermesyuarat dan pendek kata telah bersiap siaga untuk menghadapi banjir tahun ini.Menuduh kerajaan tidak bersedia adalah suatu perkara serius yang tidak bertanggungjawab. Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk menyelamatkan nyawa dan jikalau kerajaan tidak bersedia langsung seperti yang dituduh Tony Pua, sudah tentu ramai rakyat yang akan menjadi korban banjir yang maha dahsyat ini.Ketika ini,air telahpun surut di beberapa kawasan di Kelantan, iaitu negeri yang paling teruk dilanda banjir.Rakyat boleh lihat sendiri magnitud banjir pada kali ini yang meranapkan rumah serta penempatan rakyat sehingga ada rumah yang hanya tinggal tiang dan tangga. Jika kerajaan tidak bersedia menghadapi banjir yang dianggap tsunami oleh kebanyakan orang,memperlihatkan keadaan rumah yang musnah sama sekali,bukankah lebih ramai manusia turut boleh menjadi korban?

Di SMK Manek Urai sebagai contoh,air telah naik mendadak sehingga ke tingkat 3 sekolah tersebut. Air yang deras telah menyebabkan bot yang berkuasa tinggi untuk terbalik,menyukarkan lagi operasi untuk menyelamatkan mangsa.Penyelamat kemudian menggunakan helikopter untuk menyalurkan bantuan namun pada percubaan sebanyak tiga kali masih gagal kerana angin yang sangat kencang sehingga ada suatu ketika helikopter tersebut hampir terhempas dibadai angin kuat. Hanya pada sebelah malamnya iaitu pada pukul 11.30 pm,pihak penyelamat ini berjaya turun menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir namun cuaca yang gelap menyebabkan sebahagian bantuan tidak dapat sampai kepada mangsa. Pasukan penyelamat ini kemudiannya ke bermalam bersama-sama mangsa banjir dan memberi bantuan dari segi moral bagi menenangkan mereka yang masih terkejut. Sekiranya pasukan penyelamat ini tidak bersedia seperti dakwaan sesetengah orang, adakah misi ini akan berjaya? (https://www.youtube.com/watch?v=Nia8YWV_Rxo )

Selain itu,satu lagi artikel telah diterbitkan pada 26 Disember 2014 di The Malaysian Insider dengan tajuk  ‘More Flood Areas, More Evacuees, Just Less Common Sense’ antaranya menuduh kerajaan tidak bersedia untuk menghadapi banjir sekali lagi memperlihatkan motif sesetengah pihak memperkecil usaha keras semua pihak yang terlibat dengan banjir, baik dari semua Kementerian,PDRM,ATM,JPAM,JKM,dan NGO-NGO yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan mangsa. ( https://www.youtube.com/watch?v=CXJGR_0HR2M )

Ramai yang kurang peka atau buat-buat tidak tahu bahawasanya kerajaan telah lama bersiap siaga menghadapi banjir dan bencana alam terutamanya di kawasan Pantai Timur pada setiap akhir tahun. Ramai juga yang tidak tahu bahawa banjir yang melumpuhkan Kelantan sebenarnya datang dari gelombang kedua setelah berakhir gelombang pertama yang menyaksikan keadaan terkawal dan dikawal sepenuhnya oleh semua agensi kerajaan. Semasa gelombang pertama banjir, semua mangsa berjaya dipindahkan dalam keadaan teratur seperti yang dirancang melalui siri mesyuarat sepanjang tahun. Sesetengah mangsa banjir semasa gelombang pertama sudahpun diberi amaran tentang gelombang kedua dan dinasihatkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Gelombang kedua banjir datang tepat pada yang dijangka namun magnitud gelombang kedua ini sangat dahsyat dan di luar jangkaan. Kebanyakan mangsa banjir adalah mereka yang menyangka bahawa gelombang kedua ini adalah sama magnitudnya dengan gelombang pertama lantas ramai yang mulai panik apabila air naik dengan begitu deras dan cepat.

Beberapa komen di The Malaysian Insider menuduh kerajaan tidak pandai meramal banjir ini. Sekali lagi, ingin ditegaskan di sini bahawa walaupun Bahagian Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) menggunakan peralatan yang setanding mana-mana negara membangun, disebabkan keadaan iklim tropika negara keadaan hujan dan angin sukar untuk meramal corak angin dan hujan. Berkenaan isu banjir, sejurus selepas MetMalaysia mengeluarkan amaran merah, agensi-agensi telah dihantar untuk mengarahkan penduduk untuk berpindah dengan serta merta.Namun terdapat segelintir yang enggan berpindah dan mereka inilah yang akhirnya berteduh di atas bukit dan kawasan tinggi setelah air naik mendadak tanpa dijangka. Ketika itu, pasukan penyelamat sudahpun giat memindahkan mangsa di kawasan yang paling teruk terjejas.

Kebanyakan rakyat yang dilihat tidak berpuas hati dan merungut akan banjir di Pantai Timur ini adalah mereka yang seangkatan dengan Tony Pua dan pengarang yang menghantar artikel ke The Malaysian Insider kerana mereka ini menyebarkan fitnah dan informasi yang kurang tepat. Mereka juga tidak berada di kawasan yang dilanda bah yang dahsyat ini maka untuk mereka merujuk kepada media sosial adalah tindakan yang kurang tepat, lebih-lebih lagi apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengesan pelbagai khabar angin palsu dan fitnah yang disebarkan oleh mereka yang tidak beretika. Sekiranya Tony dan mereka yang bermotifkan politik seperti beliau mahukan informasi yang sah,relevan dan terkini mengenai status dan keadaan banjir di Pantai Timur, maka dicadangkan agar beliau mengikuti Portal Bencana milik MKN ataupun laman Facebook Informasi Bencana.Penambahbaikan sistem pengurusan banjir ini memudahkan rakyat seperti Tony Pua untuk berhenti menyebar berita yang palsu lagi fitnah.

Walaupun kerajaan dikecam hebat oleh Tony dan rakan-rakan beliau yang lain, kami akan terus menjalankan tugas dengan sepenuh hati dan keikhlasan selaras dengan ikrar untuk melindungi rakyat sehabis baik.Tugas kami tidak akan berakhir sejurus selepas berakhirnya musim monsun, malah kami akan senantiasa berada di sisi mangsa banjir di kala mereka kembali ke rumah masing-masing bagi membina semula kehidupan selepas bah dahsyat.Bukan sahaja itu,kami juga komited akan memastikan penambahbaikan SOP untuk menghadapi banjir dan bencana alam yang mendatang.Ini seiring dengan ikrar dari Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli yang mana ulasan beliau tentang urus tadbir bencana yang perlu ditambabaik diedit dan dikerat separuh oleh mereka yang bermotifkan politik.

Sesungguhnya kami di Majlis Keselamatan Negara kesal dengan sikap individu seperti Tony Pua yang gemar menyebarkan maklumat palsu hanya untuk memburukkan agensi-agensi kerajaan dan seterusnya kerajaan secara kolektifnya.Ini termasuklah berita 10 sekeluarga yang katanya ditemui mati terperangkap di dalam rumah mereka. Pihak Polis Diraja Malaysia sudahpun mengesahkan bahawa berita tersebut dan banyak lagi berita yang disebarkan sebagai palsu dan tidak sahih. Sampai bila Tony Pua yang dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi mereka mahu terus mencari salah kerajaan dan menyebarkan fitnah hanya untuk memburukkan kerajaan walhal adalah lebih baik bagi beliau untuk turun ke ground zero dan membantu agensi-agensi kami untuk mengurus bencana dan berkhidmat kepada mangsa banjir tanpa perlu mendendangkannya di media sosial.   

Artikel asal klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Saman je cina pukimak ni biar dia tahu sikit. Jangan nak kurang ajar

Post a Comment