Wednesday, 3 December 2014

RAHMAN DAHLAN MENGULAS ISU #RCI #SABAH @mpkotabelud #PAU2014



Apabila ditemui di Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari, Dato’ Rahman Dahlan telah mengulas tentang isu RCI Sabah yang bakal dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang telah berlangsung jam 3.30 petang tadi.





Rahman Dahlan mengulas bahawa selepas dapatan RCI ini dibentangkan, kerajaan dan rakyat secara keseluruhan harus melihat ke hadapan tentang usaha untuk menangani masalah ini. beliau juga menasihatkan supaya jangan ada pihak yang masih hendak menuding jari dan mencari kesalahan lagi mengenai isu pendatang asing di Sabah ini.

Individu yang bertanggung jawab telahpun ditahan dan diambil tindakan undang-undang. Isu bolos sempadan di negeri Sabah ini bukan sahaja berlaku di negara kita, pembolosan sempadan ini juga berlaku di antara US dan Mexico, Eropah Timur ke Eropah Barat dan lain-lain lagi.

Selain itu kita harus mengambil kira juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kemasukan pendatang asing ini ke negeri Sabah. Faktor ekonomi yang baik, faktor keamanan di Sabah dan pelbagai lagi tarikan yang telah membuktikan negara Malaysia ini sebagai destinasi pendatang asing untuk masuk.

Rahman Dahlan juga kemudian mengulas tentang NGO haram Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang dibelakangi oleh pihak pembangkang. Beliau juga menjelaskan mengapa Akta Hasutan 1948 dipinda untuk memasukkan elemen kesejahteraan negeri Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri mengambil inisiatif awal untuk membendung kumpulan ini dari menjadi fanatik dan akhirnya menggunakan keganasan untuk menuntut ideologi songsang mereka tersebut walaupun bilangan kumpulan pendesak begitu kecil.

No comments:

Post a Comment