Thursday, 18 December 2014

Satu Lagi Kumpulan #KamiJuga25 Mahukan Islam dan Melayu Dikurangkan Kuasa & Suara




Sekumpulan rakyat Malaysia kini muncul dengan petisyen mahukan satu dialog rasional bagi menghadapi tekanan terhadap insiden perkauman dan agama di negara ini. Ini susulan kepada surat daripada 25 mantan penjawat awam yang berprofil tinggi kepada DS Najib Razak yang menuntut untuk diadakan satu penjelasan dan persetujuan tentang kedudukan Islam.   

Petisyen dari mereka yang menggelarkan diri  dengan hashtag #KamiJuga25 telah mengumpul sebanyak 50 tandatangan setakat pagi ini, sekaligus mengukuhkan lagi sokongan terhadap 25 orang penjawat awam berprofil tinggi yang telah bersara,yang terdahulu menulis surat kepada Perdana Menteri pada 9 Disember lepas.

Petisyen tersebut dipelopori oleh Azrul Mohd Khalid dan ditandatangani oleh 24 lagi rakyat dari pelbagai bangsa dan agama.

Ditujukan khas kepada DS Najib Razak, surat tersebut memohon kepada pemimpin tertinggi negara supaya bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dalam menegakkan toleransi pelbagai kaum dan kebebasan untuk mengamalkan agama. 

Kumpulan ini menolak usul hanya orang Muslim sahaja yang boleh menyuarakan pendapat dan masalah berkenaan isu-isu yang melibatkan Islam di negara ini, manakala yang bukan Islam harus berdiam diri.

"Kita tidak seharusnya berdiam diri di kala kakak dan abang kita berdepan dengan ketidakadilan,kezaliman dan penganiayaan.Kita seharusnya memperjuangkan isu bersama-sama.

Kumpulan ini juga menolak pendapat bahawa agama Islam di Malaysia kini sedang diserang oleh pihak berkepentingan dan sesiapa yang menyokong pendapat golongan liberal dan anarki akan dilabel sebagai anti-Melayu dan anti-monarki.

Kumpulan 25 yang baharu ini menyatakan bahawa 25 orang yang terdahulu menulis surat kepada Najib Razak telah memberikan mereka inspirasi untuk menghentikan sifat perkauman,ketaksuban dan kebencian terhadap satu sama lain.

Surat kumpulan 25 yang terdahulu menekankan kekurangan pemahaman dan penjelasan tentang kedudukan Islam di dalam perlembagaan Malaysia,juga dalam bidang kuasa sivil dan juga jenayah.

Surat sepanjang 19 perenggan itu ditandatangani oleh mantan penjawat awam tertinggi negara yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Setiausaha Kementerian, Duta dan mereka yang prominen di dalam Malaysia.

Kumpulan pro-Melayu tegas mengkritik surat berkenaan yang jelas tidak menghormati Kontrak Sosial yang selama ini tidak pernah mencetuskan apa-apa ketegangan kaum. Kumpulan ini mendapat sokongan dari 22 orang aktivis Muslim dan 93 pertubuhan bukan kerajaan.    

1 comment:

Anonymous said...

Mantan mantan tu sebenarnya duit dah banyak...nak kebebasan tanpa had..konek selalu tegang....agama ni apalah..nak buat tu tak bole ...ini tak boleh....kalau dia nak murtad...ada aku kesah.

Post a Comment